Showing posts with label rentetan hidup. Show all posts
Showing posts with label rentetan hidup. Show all posts
0

Gerammmm!!

Berita gumbira! Janji yang telah diukir tak lama dulu telah ditepati. Kerja-kerja untuk membaikpulih rupa paras (cat semula) kawasan perumahan Flat Taman Sri Sentosa telah mula dilaksanakan. Proses awal adalah menanggalkan lumut dan kotoran dari dinding flat. Hari ini tiba giliran flat yang aku diami untuk disembur air laju selaju lajunya untuk menanggalkan segala kesan degil. 

Berita buruk!
0

Orbing ball...Permainan yang harus dicuba!


Permainan ni sangat menarik dan menyeronokkan. Masa ni dah lama dah, masa zaman study. Aku dan kawan-kawan baru je balik dari Port Dickson. Lepas hantar kawan kat Kolej Tun Syed Nasir dan keluar dari pagar kolej terus nampak bola besar ni. Mata tak lepas dari memandang bola yang menarik ni. Kawan-kawan terus ajak main permainan ni. Cari parking, pastu terus pergi tanya-tanya. Mula-mula aku taknak join, segan..hehe...Tapi fikir-fikir balik. Join je la..Bukan ramai orang tengok pon. Dua orang masuk dalam bola, pastu digolekkan oleh penggolek-penggolek. Tapi ada la alat keselamatan kat dalam bola ni. Tali keselamatan ikat badan, pastu tangan dengan kaki pandai-pandai sendiri la pegang macam mana sebab ada tali untuk tangan dan kaki kat dalam tu.

0

Alahai omak...Kahwinilah den ni haa....

Kahwinilah ke kahwinkanlah?? Haha...

Malam tadi tonton 'Semanis Kurma'. Bila tengok iklan pun dah tertarik untuk tonton sebab sesuai dengan situasi dan kehendak aku. Tajuk dia membincangkan 'Bahagiakah kahwin awal'. Seorang pakar motivasi, dan sepasang suami isteri (anak lelaki pakar motivasi) menjadi panel jemputan. Ketiga-tiga mereka berkahwin diusia muda iaitu awal 20-an. Aku ni kalau kahwin umur 23 tahun pun dah kira bukan kahwin muda sebab umur ni sesuai bagi perempuan untuk berkahwin.

4

Selamat Pengantin Baru kepada Abang & Kak Nisa

 Merah menyala woooo....
Gambar cilok dari FB kawan abang. Sori kalau marah. Peace No War!




SELAMAT PENGANTIN BARU dan TAHNIAH diucapkan kepada abang (Abdul Aziz Shaharudin) dan kak Nisa (Nur Hanisah Abdullah Dzawawi). Didoakan semoga kekal berbahagia sehingga ke anak cucu akhir hayat. Kekal dunia akhirat. Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

Maafkan aku bila meragui omonganmu....Evidences itu penting ok!



Ok. Sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan agak mendalam tentang forensik, maka perlulah aku mengaplikasikan ilmu-ilmu tersebut dalam kehidupan seharian supaya pengetahuan itu tidak disia-siakan. Kan? Evidences aka bahan bukti itu sangat penting bagi ahli forensik untuk membuktikan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak. Bahan bukti juga perlu untuk membuktikan kesahihan pengakuan yang dibuat oleh saspek sama ada pengakuan itu benar atau tidak. (Fulamak. Ayat skema tibe-tibe)

Ok. Dalam sesuatu hubungan tidak kiralah persahabatan atau percintaan atau perkahwinan, kepercayaan itu amat penting. Itu aku akui. Tapi aku perlu evidences untuk membuktikan bahawa kamu berkata benar, tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka. Kasih sayang itu tidak akan terbukti dengan hanya melafazkan sahaja. Betul tak? Bagi aku memang tidak cukup jika sekadar melafazkan 'saya sayangkan awak'. Mati hidup semula aku takkan percaya.

0

Jalan-jalan cari kerja....Biocareer Fair

Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre
Tarikh : 13 & 14 Nov 2010
Motif utama : Jalan-jalan cari kerja @ Biocareer fair
Dengan? : Che Nene

Terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa dibuat untuk sampai ke sini. Terutamanya kos perbelanjaan print resume. Resume 3 mukasurat, print 3 set + 1 file pdf 2 mukasurat = RM13!!! Aku takkan print kat tempat tu lagi kecuali aku dah tak tahu nak bazirkan duit kat mana. Memang mencekik darahku! Tapi disebalik terjadinya perkara malang ini, aku berdoa dengan izin Allah S.W.T. akan mendapat peluang pekerjaan yang dipohon hasil dari resume mahal tersebut...Aminnnn.... ^_^

Sampai KLCC, tersesat masuk GoMobile dulu. Dan tertarik sangat dengan phone museum yang dibuka. Telepon yang ditayang kebanyakannya tidak pernah dilihat dengan mata kepala sendiri lagi. Saye suke!! Hohooo....


Telefon kalis api dan letupan...buat dari besi kot...nasib baik gagang dia bukan dari besi, kalau tak...nak jawab panggilan mesti kena pegang dua tangan...Tak leh gayot lama-lama la pulak tu...hehe


0

Pengalaman pertama sbg support worker a.k.a volunteer untuk event

Lokasi : Hotel Berjaya Times Square
Tanggal Bulan Tahun : 26 & 27 hb Oktober 2010

Dua hari bekerja sbg pekerja sokongan amat memenatkan. Bukan kerja yg diberi yg telah memenatkan tp perjalanan pergi dan balik antara rumah & lokasi yg sgt memenatkan. Aku menci bas yg tak byk kerusi ni. Agak selfish. Kata bas mesra OKU tp tmpt duduk tak cukup. Aku yg muda ni berdiri pun dah tak bleh jejak tumit kat lantai (sbb saket), ape lg yg warga emas.

Tp, ape2 pon event yg aku volunteer ni mmg gempak. Byk perkara best yg aku dpt rasa dan lihat. Dan tidak lupa juga perkara yg tidak best. Hohoo...

Antara perkara yg best :
0

Alasan @ Halangan???

Setelah beberapa kali menangguh untuk mencari keje secara bersungguh serta dinamik, aku berfikir.... Kukuhkah alasan yg aku gunakan?? Atau pun aku sememangnya malas untuk memulakan. Tetapi hakikatnya aku sangat bersemangat untuk memulakan kerja supaya aku tidak berterusan menyusahkan emak yg tersyg....dan juga memulakan penabungan untuk masa depan dan juga untuk membeli perkakasan yg aku impikan. ^_^.

Bermula dr habis stadi akhir bulan Mei, sampai skrg aku tak de keje yg betol sebetol-betolnya lg. Maksud yg betol sebetol-betolnya di sini adalah keje yg mempunyai gaji, EPF, Socso bla bla bla....Bulan Jun - Ogos aku ada keje sbg baby sitter tp dek kerana kakak dah pindah ikut suami g Pahang, maka aku juga turut kehilangan sumber pendapatan. Tp mmg aku nak berhenti pun atas sebab2 tertentu. Hehe...

0

SYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T.

Tanggal  : 18
Bulan     : 10
Tahun    : 2010
Lokasi    : Safety Driving Centre (SDC)
Sub-Tajuk : Kesah saye amik test keta JPJ

Test aku sesi 2 & dpt no. 28. Waktu yg tidak aku sukai sbb time ni keta byk, org kuar lunch. Waa....tp ape bleh buat, kene redha je la...kan kan kan....Mase nak daftar tu, mmg kerek tul la. Kite salah cket terbagi tag no giliran pun nak marah. Kutuk dpn2 lak tu, panazz je ati ni. Huh!! Pkul 11 start, ade briefing cket dr pegawai JPJ pastu dok bawah kemah tepi bukit. Tunggu sambil tonton pemanduan & skill mereka yg bernombor giliran die <28. Ade yg terundur, ade yg terlebih, ade yg berhenti dgn cemerlang. Bile tibe time aku naik bukit, Alhamdullillah dpt dilakukan dgn lancar. Pas turun bukit g parking. Ada akak before aku yg nombor giliran dia dirahsiakan, mmg kesian gile kat dia. Bukit ok tp time parking dia tersalah 1 step. 1 step je...aku nampak dia buat step salah tp tak kan aku nak jerit kate salah lak....mmg kesian... Tp Alhamdulillah jalan raya dia lulus. Time aku parking sume berjalan lancar, syukur Alhamdulillah. Pas tu 3 penjuru plak, kat sini aku problem cket tp lulus...Syukur Alhamdulillah. ^_^. 

0

Lawatan ke MCTF'10 sebagai penganggur terhormat

Lokasi : Kompleks membeli belah Lembah Tengah (Mid Valley)
Tanggal : 9 Oktober 2010
Waktu sampai : 11 pg ++
Teman yang mengekori : Che Nini

Sampai-sampai di pintu Exhibition Centre, terus isi borang daftar masuk MCTF'10 dan pengunjung telah ditampal secara sopannya dengan pelekat 'visitor'. Lepas tu, bila belek2 pamphelet yg diperoleh, dapat tahu ada booth SPRM. Terus kami serbu cari booth SPRM. Cari punye cari, rupenye jeng jeng jeng.....Booth SPR rupenye. Malu kami....hehe. Tapi tak pe, ada booth yang lebih menarik iaitu NAVY. Kitorang tengok ada orang isi2 borang, terus kitorang excited. Tanye punye tanye, rupenye untuk kadet simpanan je...sobsobsob. Che nini yg terlalu berminat nak masuk NAVY (kerana abohnye juge NAVY) juga teramat kecewa setelah di'sengal'i oleh Pak Cik NAVY
0

saye budak baru belajar.....

Td ade kelas memandu, masuk ni dah 6 jam aku memandu tp byk lg yg aku tak cekap. Huhu...nampaknye aku kene tmbh kelass le. Dah la aku tak keje lg, kesian mak kena tanggung kos semua.

Aku ingat surat je yg main balas2, rupenye steering keta pon dia bahasakan balas gak. Kelako rasenye mase 1st time cekgu sebut ari tu. Nasib baik la cekgu yg mengajar baik hati. Kalau salah dia tumpang gelak skali....hehe...

Paling lemah skali, tak reti nak kawal steering. Td hampir2 keta nak berlanggar sbb masuk lorong org. Cekgu kate kalau masuk lorong org terus failed...Aduhaii...Takot la...

0

pahit manis sebagai 'baby sitter'

Apabila bertugas sebagai baby sitter, mmg byk kenangan manis + pahit + sebagai pengalaman untuk mase depan...jengjengjeng.....hehe

saye sangat suke kerana

- dorang sangat chumel...bila tgk muka dorang, jiwa jadi tenang...hati yg gundah jadi riang ^_^ ape lg bila tgk kerenah dorang yang pelbagai...
- dorang sangat manje...hihi....
- di samping jadi baby sitter, saye bleh bermanje dgn anak2 buah saye yg chumel2 belaka...

saye tidak suka apabila

0

CYANIDE...OH....CYANIDE....

Untuk subjek KES KOMPLEKS KIMIA, aku diberi 'unknown sample' untuk menjalankan analisa komposisi beliau...Mula-mula hidu, ada iras-iras bau teh masam or asam jawa yang telah masam.....kemudian bau-bau, ada iras bau hospital......AKU MEMANG BLUR NAK WAT TEST APE! Tp, dek kerana kebaikan hamba Allah yang handle pasal subjek ni, aku telah peroleh klu-klu yang banyak membantu aku cari idea...Dan klu yang paling akhir aku terima telah membongkar segalanya iaitu 'POISON yang kebiasaannya diguna oleh terrorist' !!  Aku dengan kadar segera terus berkejar ke PC yang aku bawa ke lab dan terus mengGOOGLE klu tersebut....Mula-mula gembira sbb dah dpt jumpa.....Tp bila dah fikir-fikir secara waras....Tidak kusangka 'unknown sample' yang aku dok hidu-hidu, sentuh-sentuh selama ini mengandungi CYANIDE!!! Warghhh.....risau gue bila difikirkan kesan-kesan jangka pendek dan jangka panjang. Tp, syukur Alhamdulillah aku tak de merasa guna lidah. Tak tau nak salahkan siapa. Salahkan pemberi 'unknown sample' tersebut kerana tidak memberi amaran atau salahkan diri sendiri je la yang tidak mengikut disiplin yang sepatutnya sebagai saintis forensik (InsyaAllah bakal jadi...AMIN). Sepatutnya bila dapat 'unknown sample', memang kena amik langkah hati-hati. JANGAN HIDU. JANGAN SENTUH. JANGAN RASA. Memang salah aku pun....huhu....Kesian kawan-kawan dan orang disekeliling aku yang telah ku paksa menghidu 'unknown sample' tersebut. Tapi jangan risau ye kenkawan, dikabarkan bahawa CYANIDE yang terkandung dalam 'unknown sample' aku hanyalah dalam kuantiti yang sedikit.

Back to Top