0

Gerammmm!!

Berita gumbira! Janji yang telah diukir tak lama dulu telah ditepati. Kerja-kerja untuk membaikpulih rupa paras (cat semula) kawasan perumahan Flat Taman Sri Sentosa telah mula dilaksanakan. Proses awal adalah menanggalkan lumut dan kotoran dari dinding flat. Hari ini tiba giliran flat yang aku diami untuk disembur air laju selaju lajunya untuk menanggalkan segala kesan degil. 

Berita buruk!
Kereta abang yang selama ini di parking kat tepi jalan jauh dari flat, tiba-tiba malam tadi diparking kat tempat parking yang telah sedia ada sejak azali. Dan lebih buruk lagi kereta abang diparking tepat di bawah flat yang disembur ini. Apabila proses penyemburan air bermula selepas beberapa ketika, mak bertanya adakah kereta kat bawah tu kereta abang? Aku pun jenguk ke bawah. Mungkin la. Aku berharap sangat tu bukan kereta abang sebab kereta tu adalah salah satu kereta yang kena tempias dari air semburan yang kotor beserta cat yang tertanggal. Untuk pastikan, aku mesej abang untuk bertanya. Sah! Itu kereta abang. Aku hanya mampu melihat dari atas rumah bagaimana kereta itu menjadi semakin kotor. Nak alihkan kereta tu pun dah tak berguna sebab tak perasan dari awal masa dorang buat semburan. Tengok-tengok dah kena + aku mana ada 'lesen' untuk bawak keta abang.

Selepas beberapa ketika (beberapa jam kot), mak bagitau yang tukang sembur air dah sembur kereta abang untuk membuang kotoran yang mereka sebabkan. Aku tengok kereta..Ok, dah bersih...lega....Bila abang balik kerja, tak sempat naik rumah abang terus kejarkan kereta beliau ke car wash. Beliau kata, tak hilang ada cat yang dah kering melekat. Kena kikis baru hilang. Apa kes? Aku memang salahkan tukang sembur tu. Dah tau kena kereta orang, pegi la sembur kejap sebelum cat dan kotoran mengering. Apa da...kan dah kena maki hamun dengan orang ramai. 

Bila sembur kat tingkap rumah pulak, kompem tempias air kotor tu masuk ke dalam rumah. Dah tutup pun boleh masuk gak. Nasib baik tak banyak yang kena kat laptop antik kesayangan aku ni. Jenguk kat bilik aku, kena cadar! Benci! Bila turn bilik mak, lg banyak kena sebab langsir mak tak tutup tingkap sepenuhnya. Lagi hangin la abang aku. Siap rajin turun nak sound tukang sembur. Aku tak setuju perbuatan abang tu, tapi apakan daya. Mak kata sabar pun abang buat tak tahu je. Apa lagi kata-kata dari mulut aku kan?

Kesian aku tengok abang, tertekan sangat. Ye la, kereta kot. Bukan murah beli kereta tu. Kita punya jaga punya baik, tup tup balik kerja tengok dah jadi macam tu. Siapa tak hangin? Kalau jadi kat aku, aku pun hangin. Aku saman dorang! (Boleh ke saman?) Aku yakin perkara yang sama juga terjadi kepada orang ramai yang lain di kawasan perumahan ini. Kereta satu hal. Rumah satu hal. Cuba bayangkan kalau rumah tu tiada penghuni waktu dorang sembur tu + tingkap tak tutup rapi + ada benda penting@berharga@mahal berdekatan tingkap tu. Bila kena air kotoran + kering kat situ gak. Alkisahnya...balik kerja sampai rumah sumpah seranah la yang keluar dari mulut. 

Serius aku tensen dan kesian bila tengok abang jadi macam td. Telinga pun hampir pekak sebab gelombang suara abang, sebelum sampai kat tukang sembur tu kompem la sampai kat telinga aku dulu dengan frekuensi yang superb. Fuhhh....nasib baik tak pecah gegendang.

Harap lepas ni dorang dapat tingkatkan kualiti kerja dan kurangkan gangguan secara fizikal dan mental terhadap penduduk di sini. Dah la sambil sembur tu, sempat menyanyi lg. Kalau sodap takpo mas! Ya udah bikin kerja elok-elok ya mas. Jangan bikin panas hati orang saja ya masss...!

p/s: berita baik disertai dengan perkara buruk yang terjadi. rasa macam tak payah cat semula pun tak pe!

0 pendapat:

Back to Top