Showing posts with label jiwa lara. Show all posts
Showing posts with label jiwa lara. Show all posts
0

Harapan kian musnah...

Hari berlalu begitu pantas...Tup tup dah bulan Oktober...Bulan kelahiran aku...Ntah beliau ingat ke tidak...=( Dan hari yang pernah dirancang dulu pun semakin hampir...Sangat sedih bila dikenangkan kembali kerana hari itu hampir mustahil untuk berlaku...Kalau hari itu berlaku seperti yang pernah dirancang...Akulah orang paling bersyukur...=) Tapi apa pun...Itu hanya perancangan manusia yang hanya Allah S.W.T yang mampu menukar hari itu menjadi realiti...Aku redha dengan ketentuanMu...Aku insan biasa yang telah membuat kesilapan yang tidak mungkin akan dapat kembalikan apa yang telah berkecai...Aku cuma mampu berharap dari jauh untuk menjadi insan bertuah yang terpilih...Aku sesungguhnya merindui saat dulu yang tidak mungkin akan berulang kembali...Aku telah menghancurkan hatinya yang telah aku curi dulu...Aku cuma mahu diberi peluang untuk mengubati hatinya kembali...Tapi jika kau tidak mampu untuk memberi peluang itu kepadaku...Aku mohon, kau pulangkanlah hatiku yang telah kau curi suatu masa dulu...Agar aku dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan bersemangat...



Hatimu yang aku curi suatu masa dulu telah ku hancurkan...Maafkan aku...

Aku telah buat kesilapan besar, aku tidak sempurna...Tapi aku akan berusaha untuk berubah seperti yang kau impikan...


Jika kau tidak mencintaiku lagi, pulangkan hatiku yang kau curi dulu untuk diberikan kepada mampu mencintaiku....
0

Takdirkan aku untuk beliau yang ..............



Ya Allah…
Engkaulah cintaku yang hakiki…
Kau kurniakanlah hatiku untuk dijaga oleh beliau...
Yang mampu memberikan cintanya kepadaku keranaMu...
Yang mampu memimpinku agar kekal berada dijalanMu...
Yang mampu mendidik untuk menjadi pasangan sejati...
Yang mampu berdiri di samping saatku suka & duka...
Yang mampu berkongsi suka & duka beliau bersamaku...
Yang mampu memberiku kebahagiaan dunia & akhirat...
Yang mampu menghargai pengorbanan yang ku lakukan...
Yang mampu menerima diriku seadaanya diriku ini...
Yang mampu memahamiku sekilas mendengar luahanku...
Yang mampu menahan sabar tika ku salah tingkahlaku...
Yang mampu menghentikan tangisan kedukaan ini...

Kurniakanlah insan seperti harapanku walaupun ku tahu terlalu banyak kekurangan dalam diriku yang membuatku tidak layak untuk di'jemput' insan sesempurna seperti yang ku impikan...Andainya Engkau kurniakan insan yang ku cintai yang juga mencintaiku...Akulah insan yang paling bahagia dan insan yang paling bersyukur dengan kurniaanMu itu....Dan aku berjanji andai aku dikurniakan cinta dari insan yang mencintai ku setulusnya...Aku akan menjadi insan baru yang tidak akan mengulangi kesilapan lalu...Dan Engkau kurniakanlah dalam diriku supaya aku dapat menjadi pasangan beliau yang saling melengkapi...

Yang mampu mencintai beliau keranaMu...
Yang mampu menjadi 'setiausaha peribadi' beliau...
Yang mampu menerima didikan beliau seikhlas hati...
Yang mampu bersama beliau di saat memerlukanku...
Yang mampu memberi kebahagiaan dunia & akhirat...
Yang mampu menghargai pengorbanan yang dilakukan...
Yang mampu menerima diri beliau seadaanya dirinya...
Yang mampu memahami beliau tersurat & tersirat...
Yang mampu sabar ketika beliau salah tingkahlaku...
Yang mampu menghentikan tangisan kedukaan beliau...

Aminnn......





0

To my BFF & U (U know who) ♥


Bruno Mars - Count On Me

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you







Terjemahan lagu ini khas untukmu…YA KAMU! ♥


Jika kau sesat di tengah lautan… ^_^
Aku akan berenang untuk mencarimu… ^_^
Jika kau sesat dalam kegelapan dan tidak mampu melihat… ^_^
Aku akan menjadi cahaya untuk menunjuk kau jalan pulang… ^_^

Sebutlah…1, 2, 3… ^_^
Dan aku akan muncul untuk membantumu… ^_^
Dan aku tahu jika aku perlu bantuan… ^_^
Kau akan muncul untuk membantuku… ^_^
Sebab itu adalah yang perlu sabahat lakukan… ^_^

Jika kau sukar untuk tidur malam… ^_^
Aku akan dodoikan kau seperti bayi… ^_^
Dan jika kau sudah lupa betapa pentingnya kau dalam hidupku… ^_^
Aku akan mengingatkanmu setiap hari…  ^_^

Bahu aku sentiasa wujud untuk kau sandarkan… ^_^
Aku takkan pergi dan takkan ucap selamat tinggal… ^_^
Kerana aku sahabatmu… ^_^


p/s: terjemahan tu ikut suka ati aku...tak serupa 100% dengan lirik sebenar!
0

Ku bermohon kepadaMu....

Ya Allah…
Kau berikanlah jawapan kepada istikharahku…

Ya Allah…
Kau berikanlah ketabahan…
Untuk menjalani segala ujian yang  engkau berikan…

Ya Allah…
Kau kurniakanlah kesabaran...
Untuk terus menunggu jemputan oleh insan istimewa…

Ya Allah…
Redhakan hatiku dengan takdirmu…
Andai dia bukan tertulis untukku…
Aku rela korbankan cintaku…
Walau amat perit menanggung derita tanpa kesudahan…

Ya Allah…
Aku rela menerima ketentuanMu…
Kerana Engkau Maha Mengetahui…
Kau tahu yang terbaik untukku dan dirinya…
Akan aku jadikan kisah lalu sebagai mimpi…
Yang hanya singgah sebagai pengajaran hidup…

Ya Allah…
Kau hilangkanlah bayangan dirinya dalam hidupku…
Andai dia bukan yang kunanti…
Kau hilangkanlah segala kasihku untuknya…

Ya Allah…
Kau kurniakan kepadanya kebahagiaan…
Yang tidak mampu aku hulurkan…
Agar dia punya semangat untuk terus hidup…

Ya Allah…
Dan kau kurniakan kepada ku dan mereka yang kusayangi…
Keimanan yang tebal…
Agar dapat melawan hawa nafsu…
Agar dapat menangkis hasutan iblis…
Agar jauh dari lembah kehinaan…

Ya Allah…
Kau kurniakanlah kepadaku…
Sabahat yang mampu memahamiku…
Yang sedia menerima diriku seadanya…
Yang sedia jujur dan setia dalam hubungan…
Yang sedia mengajarku menjadi pasangan terbaik…
Yang sedia mendidikku untuk semakin taat kepadaMu …

Ya Allah…
Ku bermohon, kurniakanlah aku kebahagiaan…
Dan berilah aku kekuatan untuk berubah…
Menjadi sahabat yang memahami…
Dan saling mempercayai…
Jauh dari buruk sangka…
Yang hanya mengundang duka…

Ya Allah…
Jauhkanlah aku daripada manusia…
Yang berniat mengambil kesempatan…
Atas diriku yang lemah ini…

Ya Allah…
Kau kurniakanlah cinta ku…
Hanya kepada insan yang tahu menghargainya…

Aminn…..

Cinta kepadaMu, Cinta hakiki…

DULU dan KINI



Suatu ketika dulu…

Kita dipertemukan…

Suatu ketika dulu…
Kau telah berjaya mencuri hatiku…

Suatu ketika dulu…
Kita berkongsi suka dan duka…

Suatu ketika dulu…
Kita merancang masa depan bersama…

Tapi kini…
Hati aku yang telah kau curi sudah tiada erti…

Tapi kini…
Kau tidak lagi memerlukan aku disisi…

Tapi kini…
Aku dihiraukan ibarat tin kosong…

Tapi kini…
Aku hanya kisah lalu dalam hidupmu…

Aku mohon, kau pulangkanlah kembali hatiku yang telah kau curi dulu...Untuk ku berikan kepada yang lebih pandai menghargai dan menjaga hatiku....

Perihal jodoh...hanya Allah yang Maha Mengetahui... =)

Kenapa kau lambat kahwin? 
Kerana Allah lebih tahu masa yang terbaik untuk aku.

Dah Berpunya? 
Ya.. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2.

Siapa??  
Nanti Allah akan perkenalkan..

Bila?? 
Bila jodoh dah sampai.. InsyaAllah jemput datang ke walimatulurus aku nanti ye..

p/s: kini ku berserah sepenuhnya kepada yang Maha Mengetahui.... =) 
0

Nasyid - Doa Perpisahan (Brothers)

Oh tidakkkkk!!

Kenapalah aku masih menunggu mesej dan panggilan dari dia??!!

Wahai hati....
Sila berhenti mengharapkan si dia....

Wahai fikiran....
Sila berhenti merisaukan keadaan si dia….

Wahai telinga….
Sila jangan merindukan suara si dia….

Wahai mata….
Sila jangan merindukan wajah si dia….

Wahai tangan....
Sila jangan menggatal hubungi si dia....

Wahai kaki….
Sila jangan melangkah mencari si dia….

Wahai pendirian….
Sila berteguh di situ agar kita dapat kesunyian yang bermakna….

Wahai iman….
Sila bertambah kekuatan agar Allah sentiasa dekat di sisi….

Wahai tuan punya badan….
Sila berhenti!

p/s: andai dapat ku undurkan putaran dunia….
0

Izinkan ku pergi......




Izinkan ku pergi…

Daripada kehidupanmu…
Agar dapat hentikan tangisan…
Akibat kesengsaraan menunggumu…

Maafkan aku…
Kerna telah berhenti…
Menunggu kata putus darimu…
Itu adalah kerna…
Aku telah berhenti berharap…

Hatiku jua…
Telah terlalu perit…
Menerima layanan yang…
Sungguh ‘istimewa’ darimu…

Ku berdoa…
Semoga dirimu…
Dikurniakan seorang teman…
Untuk memberi sepenuh kebahagiaan …
Yang engkau harapkan…

Aku tahu…
Engkau terlalu kecewa…
Dengan ketidakpercayaanku...
Dengan perubahan sikapku…
Maafkan aku…
Hanya itu yang mampu aku ucapkan…

Tapi jangan lupa…
Aku jua punya perasaan…
Dan hati untuk dibaja…
Dengan kasih sayang…
Agar aku punya semangat…
Untuk meneruskan kehidupan…

Detik semalam…
Itu amat mengecewakan…
Maka…
Aku terpaksa putuskan…
Untuk berhenti menghitung hari…
Supaya aku berhenti memperbodohkan diri…

Cintaku…
Pudar…
Akhirnya…
Seperti yang kau harapkan…
Selamat tinggal kasih...





5

Kenapa harus jadi begini?

Jawapan untuk soalan kat atas amat mudah dan ringkas.

Takdir yang Maha Esa. Aku redha dalam keperitan.



Tiada siapa tahu takdir yang telah tertulis untuk setiap insan kan?
Aku  berharap takdir adalah tidak seperti yang aku takuti.
Aku pasang setinggi harapan kerna aku yakin takdir aku dengannya.
Tapi, tafsiran aku salah.

Andai takdir dia bukan dengan aku, sesungguhnya hati aku bakal kecewa.
Siapa tidak kecewa setelah impian dibina, musnah sekelip mata.
Dek kerana kesilapan diri sendiri pula.
Dan juga orang ketiga.
Bukan cinta tiga segi.
Tapi orang ketiga yang iri hati.

Apa perasaan bila orang yang kita sayangi telah membenci kita?
Amat sakit! Hancur! Berkecai! Dan sewaktu dengannya.
Yang mampu aku lakukan hanya berdoa kepadaNya.
Hanya kekuasaanNya yang mampu mengubati hatiku.
Dan Kau ubati jua hatinya yang telah aku sakiti.

Dia minta untuk berkawan?
Aku tunaikan.
Tapi selama mana aku mampu?
Aku tidak pasti.

Andai tiba-tiba aku hilang.
Janganlah mencari.
Tika itu aku sudah putus asa.
Dan berhenti berharap.

Bukan mudah untuk memendam perasaan.
Setiap kali terlintas difikiran.
Air mata menghujani pipi.
Jika air mata darah mengambil giliran, adakah dapat mengubah keadaan?

Kenapa kau tidak cuba memahami apa yang aku rasa?

Aku hanya mampu berdoa moga dia bahagia dengan pilihannya.
0

Jika aku bukan dari tulang rusuknya...


Ya Allah, jika saya bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan saya merindukan kehadirannya.
Janganlah biarkan saya melabuhkan hati saya di hatinya.
Kikislah pesonanya dari pelupuk mata saya
dan usirlah dia dari relung hati saya.
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini

dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah saya agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.
0

Kuatkah aku?

Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau tabahkanlah hati hambaMu ini...
Untuk melalui pelbagai ujian dariMu...
Jauhkanlah aku dari perasaan putus asa untuk meneruskan hidup...
Jauhkanlah aku dari membuat perkara-perkara yang dimurkaiMu...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau titipkan dalam hatiku...
Aku boleh hidup tanpanya...
Aku mampu membuang cinta untuknya...
Dan aku redha dengan ketentuanMu...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau sampaikan padanya...
Jauhkan dirinya dari hidupku...
Katakan padanya...
Berhenti menyeksa batinku...

Sesungguhnya aku tidak mampu bertahan lagi...

Back to Top