Maafkan aku bila meragui omonganmu....Evidences itu penting ok!



Ok. Sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan agak mendalam tentang forensik, maka perlulah aku mengaplikasikan ilmu-ilmu tersebut dalam kehidupan seharian supaya pengetahuan itu tidak disia-siakan. Kan? Evidences aka bahan bukti itu sangat penting bagi ahli forensik untuk membuktikan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak. Bahan bukti juga perlu untuk membuktikan kesahihan pengakuan yang dibuat oleh saspek sama ada pengakuan itu benar atau tidak. (Fulamak. Ayat skema tibe-tibe)

Ok. Dalam sesuatu hubungan tidak kiralah persahabatan atau percintaan atau perkahwinan, kepercayaan itu amat penting. Itu aku akui. Tapi aku perlu evidences untuk membuktikan bahawa kamu berkata benar, tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka. Kasih sayang itu tidak akan terbukti dengan hanya melafazkan sahaja. Betul tak? Bagi aku memang tidak cukup jika sekadar melafazkan 'saya sayangkan awak'. Mati hidup semula aku takkan percaya.


Ok. Evidences apa ye yang aku perlukan untuk membuktikan pengakuan kamu itu? Semua itu bergantung kepada keadaan dan emosi. Tapi yang penting, aku amat perlukan perhatian dari kamu. Kalau aku kaya, aku dah beli masa-masa kamu yang amat berharga itu. Aku terseksa bila tidak dapat berhubung dengan kamu secara konsisten. Rindu tahu tak! Dan juga mungkin sedikit kecurigaan timbul dalam hati. Aku tahu tidak patut aku curiga walau sedikitpun, tapi sejarah hitam masa lalu aku membuatkan aku berfikiran sebegitu. Kerana kita berjauhan. Kerana kita tiada ikatan sah. Kerana aku manusia. Kerana kau manusia. Kerana manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Kerana itu aku curiga. Aku juga takut bila kamu tiada khabar berita dan aku kesunyian, aku mencari teman berbicara.....dan .... 

Ok.  Evidences lain yang aku perlu adalah kesungguhan kamu terhadap aku. Itu penting supaya keyakinan aku terhadap kamu semakin bertambah dari sehari ke sehari. Tapi kamu, seperti tidak bersungguh. Aku kurang yakin terhadap kamu. Aku takut bila aku kurang yakin terhadap kamu. Aku ...........

Ok. Aku harap hati aku sentiasa terbuka untuk memberi kamu peluang dan masa untuk kamu mempamerkan evidences kamu. Dan aku juga akui aku terlalu mencurigai kamu. Terlalu cepat membuat keputusan tanpa dengar penjelasan kamu yang tidak berapa menyakinkan aku ini. Itu aku akan perbaiki. InsyaAllah.

p/s: apabila emosi menguasai diri...inilah hasilnye...merepek merapu meraban.....apakah?!!

1 pendapat:

Anonymous said...

em sgt betul.. kita bkn lg bdk lepasan spm yg nk wat cinta monyet je.. kita ingn kn cinta suci ke arah hbgn yg lbh psti.. relationship is so complicated..

Back to Top