0

Alahai omak...Kahwinilah den ni haa....

Kahwinilah ke kahwinkanlah?? Haha...

Malam tadi tonton 'Semanis Kurma'. Bila tengok iklan pun dah tertarik untuk tonton sebab sesuai dengan situasi dan kehendak aku. Tajuk dia membincangkan 'Bahagiakah kahwin awal'. Seorang pakar motivasi, dan sepasang suami isteri (anak lelaki pakar motivasi) menjadi panel jemputan. Ketiga-tiga mereka berkahwin diusia muda iaitu awal 20-an. Aku ni kalau kahwin umur 23 tahun pun dah kira bukan kahwin muda sebab umur ni sesuai bagi perempuan untuk berkahwin.


Kahwin muda memang tiada masalah jika keluarga kedua-dua pihak bersetuju. Kepada ibu bapa yang tidak membenarkan anak kahwin muda tu, fikirkanlah semasak-masaknya. Memang ibu bapa berhak membuat keputusan untuk anak yang dibesarkan, ditatang sejak kecil. Tapi satu yang ustazah cakap semasa perbincangan yang aku amat bersetuju, 'Lebih baik kita menitiskan air mata kegembiraan kerana mensyukuri anak telah selamat nikah daripada menitiskan air mata kekecewaan selepas anak-anak menconteng arang ke muka'. Conteng arang ke muka ibu bapa di sini maksudnya seperti kahwin lari, ke mengandung anak luar nikah ke dan sebagainya. Lebih baik berkahwin muda daripada couple lama-lama, ke hulu ke hilir sana sini bedua-duaan. Ibu bapa yang diumpat. Masyarakat mesti bertanya dalam hati 'Anak siapa la yang berkepit tu...ish3...'. Remaja zaman sekarang memang sukar untuk dikawal, sukar patuh dengan arahan ibu bapa. Terlalu bebas dalam pergaulan. (Aku remaja zaman dulu..hehe)

Sebab-sebab utama ibu bapa tidak membenarkan anak mereka kahwin muda kerana ingin melihat anak fokus dalam pelajaran dan berjaya. Mungkin juga kerana ibu bapa tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membiaya kos perkahwinan bla bla bla. dan juga semestinya kos perbelanjaan suami isteri selepas berkahwin jika mereka masih belajar. Bayangkan kalau masih belajar tu mereka dan beranak-pinak. Pengsan ibu bapa nak sara. Tapi kata orang, rezeki ada di mana-mana. Bila dah kahwin, rezeki InsyaAllah akan datang. Anak-anak pun perlu bertolak ansur sebelum mendesak ibu bapa supaya membenarkan mereka berkahwin. Balas lah jasa ibu bapa dulu baru fikirkan hal selebihnya.

Malam tadi baru aku terfikir, adat melayu ni siapa yang cipta. Aku bukan nak burukkan adat melayu iaitu adat bangsa aku sendiri. Tapi kenapa perlu ada hantaran? Persandingan? Dan sebagainya. Semua ini sangat membebankan kepada mereka yang hendak berkahwin tapi tidak mampu. Nanti kalau tidak ikut adat, mesti masyarakat sekeliling mengata. Tapi kalau diikutkan aku sendiri, aku lebih rela masyarakat mengata aku tidak ikut adat semua daripada membazir. Tapi hati mak aku kena jaga beb sebab anak mak dua orang je. Aku seorang perempuan. Abang dah selamat, tu pun tak sanding. Anak perempuan mak mesti mak nak ikut adat semua. Jadi, kena lah besabar ye cik sikin..hehe....

Walaupun aku tahu yang couple itu berdosa dan haram, kenapa aku masih meneruskan? Kerana aku ikut trend kot? Ntah la. Tak pasti. Tapi yang penting aku bersyukur kerana aku tinggal berjauhan dengan dia. Tak perlu berdating selalu. Tapi 'masak' la time dah nak langsung nanti. Sedia duit tol dengan minyak je la.

p/s: alahai omak...den nak kawen awal, tapi .......(kan best kalau mak baca, untung-untung mak bagi kawen awal..hehe)

0 pendapat:

Back to Top