Notis 24 jam dan email beliau.

Ok. Notis 24 jam.
Tamatlah sudah perkhidmatan aku di *** dengan rasminya semalam. Tapi tak bagi resign letter lagi...So, kira rasmi ke ek? Kalut giler la last day semalam, baru tau kena hantar resign letter dan kena lengkapkan 'resignation checklist'. Apakah? Yang pasal resign letter tu memang salah aku sebab tak alert pasal tu. Ye la sebelum ni kalau berhenti just cakap mulut je. Tak payah official letter. Tapi pasal resignation checklist tu serius agak tensen sebab bagitau last minit. Tambah lagi dengan mendapat email dari si dia yang tak disangka2 itu. Bertambah tertekan la jawabnya. Elok2 aku nak lengkapkan checklist tu semalam, terus hilang mood dan tak larat nak ke hulu ke hilir. So, terpaksa la settlekan esok je.

Ok. Email beliau.
Pasal email tu, agak sakit jiwa gak la. Kenapa kau perlu bagi harapan lagi ek? Kalau dah tak nak aku, tak perlu la nak muncul lagi dan bagi harapan palsu. Aku tahu kau bahagia hidup tanpa aku. So, just go on with your new life without me. And dont care about me anymore. Tak perlu nak pura2 masih sayangkan aku dan masih nak aku jadi bini kau. Kau kata kau tak nak buat aku sedih, tapi apa yang sedang kau lakukan sekarang lebih menyedihkan berbanding apa yang berlaku dulu. Aku tahu kau tak nak aku kenapa. Kau tak percaya aku boleh berubah kan? Just wait n see. I wish you happy with your new life dengan si dia yang telah kau pilih.

Ok.
Sudah tiba masanya untuk menghadapi kenyataan ye Cik Sikin. Allah tahu apa dan siapa yang terbaik untuk kau. Percaya kepada Allah dan teruskan hidup seperti biasa. Jangan toleh ke belakang lagi, dan tinggalkan kenangan lama yang penuh suka dan duka. Mulakan hidup baru dengan kerja baru dan tunggu jemputan dari si dia yang telah tertulis untuk menjadi teman hidup kau. Siapakah dia? Bilakah dia akan datang? Itu semua hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Ok. Sekian.

p/s: Aku perlu senyum walau hati aku penuh luka. Itu kerana aku tak mahu orang-orang yang aku sayang yang sentiasa di sisi turut berduka atas penderitaan aku.

0

100. Tahun Baru Kehidupan Baru.

Selamat datang 2012.

Tahun baru. Azam baru. Jiwa baru. Kehidupan baru.

Tahniah untuk diri sendiri kerana mampu melawan keinginan diri sendiri yang membuak-buak. Alhamdulillah aku dapat lari dari terus terperangkap dalam kehidupan penuh kesengsaraan. Dari sehari ke sehari aku semakin menerima kenyataan untuk meneruskan kehidupan tanpa ‘cinta’. Cinta ku satu-satunya kini adalah Dia.

Azam tahun ni.

1. MENGEJAR CINTA HAKIKI.
2. Menjadi insan yang lebih matang dan mencuci segala sifat keji dalam diri.
3. Kereta. Yang boleh dinaiki. Bukan kereta mainan.
4. Kerja tetap. Tanpa ni, takde harapan le aku nak tunaikan azam no 3 tu. Sobsob.
5. Kahwin! Lalalala….

Back to Top