Gambar apa ni ek?
Showing posts with label kiut miut. Show all posts
Showing posts with label kiut miut. Show all posts
0
Kuak lentang oleh anak-anak Tori
Semalam pagi baru lepas cuci akuarium Tora Tori, bila petang lak tengok-tengok ada anak tikus lak tetiba kat dalam akuarium tu. Ish3, mana datang la pulak....Memang gempak la. Cucu makcik (angkat) yang tengah main-main dengan Tora Tori yang mula-mula perasan. Pastu adik angkat mak tegur, 'Hamster ni dah beranak ker?'. Terkejut beruk la aku. hohoo...Terus pegi jenguk akuarium, 'Haaa, dah beranak!!!. Ish biar betoi...Takkan tetiba je beranak. Sejak bila pulak mengandung.'
Kelam kabut la asingkan si Tori dan anak-anak masuk ke sangkar lain sebab takut si Tora makan anak-anak si Tori. Agak-agak si Tora punya anak ke orang lain punya? Empat ekor semuanya. Harap semua dapat membesar dengan sihat. Risau sangat mula-mula sebab tengok si Tori macam tak pandai nak jaga anak-anak dia. Lama sikit lepas tu baru la nampak si Tori menyusukan anak-anak beliau. Biasa la beliau kan masih budak-budak. Macam manusia, kalau dah beranak masa umur 13 14 tahun, mesti tak reti kan. Lagi-lagi anak sulung.
Jatuh cinta dengan suara itu....Nyenyekkk....
![]() |
| g00gle baby! |
'Nyenyekkkk' (nenek) adalah perkataan yang selalu berkumandang pada waktu petang hari bekerja. Ada seorang budak perempuan kecil panggil nyenyek pada mak aku setiap kali melintas di depan pintu rumah. Mak dan ayah beliau baru balik bekerja dan baru jemput beliau dan adik beradik yang lain dari tempat asuhan (kot). Ohh....Suara dia sangat comel! Dan aku pasti mukanya adalah tersangat comel jugak.. Buat masa ini aku tidak berkesempatan lagi menjenguk untuk melihat rupa paras budak itu kerana malas nak mengenakan tudung ada bapak beliau. Hohooo...Tak pe la. Dengar suara pun dah cukup. Ini membuatkan aku semakin tidak sabar mempunyai anak sendiri...hehe. Kadang-kadang budak tu berhenti sekejap kalau ada sesuatu yang nak dicerita pada nyenyek nya. Tapi nyenyek nya satu hapah pun tak faham apa yang cuba disampaikan oleh beliau. Aku sendiri pun tak faham kot. Hehe. Tapi nyenyeknya tetap setia melayan beliau. Kalau dah maghrib, pintu harus di tutup kan? Tapi suara beliau tetap sayup-sayup kedengaran memanggil nyenyeknya. Kesian tapi aku tetap akan tersenyum tiap kali beliau mengeluarkan suaranya.
Patah tumbuh hilang berganti - TORA TORI
Ini adalah Tora dan Tori yang dihadiahkan oleh Che Nene aka sleeping beauty kepada ku aka dotdotdot...hehe...Hadiah ini sempena besday yang baru berlalu dan juga sebagai pengganti hamster kesayangan yang telah mati iaitu Tommei. sobsobsob....Tora jantan, Tori betina...hoho...
tak lama lg aku jadik penternak hamster lerr....
mcm kelako?? kelako ke?? hehe...
'to prove you are human'
- ade ke haiwan @ alien main facebook??? ke aku salah faham soalan??
yg 'bali' tu tak brani komen...mane tau mmg dia jual bali (buah) dalam talian....mungkin je kan kan kan??
Teratak untuk Tommei!
Tempat bertapak : Dalam sangkar Tommei (aka Akuarium tempat beliau menginap)
Tempat pembinaan : Atas meja di dalam teratak Cik Wook aka bonda saye
Tempoh pembinaan : 1/2 hari (Cincai kira lebih kurang)
Bahan binaan : LEGO
Air tangan & design oleh : Noor Asikin Shaharudin
Idea asal oleh : A.D.I. (Yang mana beliau mencadangkan saye membina rumah ala-ala kampung)
Inilah teratak ala-ala kampung (kampung kerr???) yang telah dibina dengan tujuan untuk diserah kepada Tommei untuk diduduki. Harap Tommei bahagia tinggal di dalam teratak barunya yang sungguh colourful ini. ^_^
pahit manis sebagai 'baby sitter'
Apabila bertugas sebagai baby sitter, mmg byk kenangan manis + pahit + sebagai pengalaman untuk mase depan...jengjengjeng.....hehe
- dorang sangat chumel...bila tgk muka dorang, jiwa jadi tenang...hati yg gundah jadi riang ^_^ ape lg bila tgk kerenah dorang yang pelbagai...
- dorang sangat manje...hihi....
- di samping jadi baby sitter, saye bleh bermanje dgn anak2 buah saye yg chumel2 belaka...
saye tidak suka apabila
saye sangat suke kerana
- dorang sangat chumel...bila tgk muka dorang, jiwa jadi tenang...hati yg gundah jadi riang ^_^ ape lg bila tgk kerenah dorang yang pelbagai...
- dorang sangat manje...hihi....
- di samping jadi baby sitter, saye bleh bermanje dgn anak2 buah saye yg chumel2 belaka...
saye tidak suka apabila
Subscribe to:
Posts (Atom)

di olah oleh ♥





