Showing posts with label aplikasi forensik. Show all posts
Showing posts with label aplikasi forensik. Show all posts
26

Bidang kerja sains forensik luas?? Ermmmm...

 Petikan Mymetro:
KUALA LUMPUR: Graduan lepasan pengajian Sains Forensik di universiti tempatan mempunyai pilihan kerjaya selain bergelar pegawai forensik kerana peluang pekerjaan yang ditawarkan di dalam bidang itu luas.
Ketua Unit Sains Forensik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Khairul Osman berkata, setakat ini hanya tiga universiti tempatan yang menawarkan pengajian berkenaan.

“Tiga universiti itu adalah UKM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Management & Science University (MSU).
“Jumlah pelajar yang memilih jurusan ini pun belum banyak kerana mereka lebih berminat memilih bidang pengajian profesional lain seperti kejuruteraan mungkin kerana bimbang mereka tak dapat pekerjaan selepas tamat pengajian nanti,” katanya.

Maafkan aku bila meragui omonganmu....Evidences itu penting ok!



Ok. Sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan agak mendalam tentang forensik, maka perlulah aku mengaplikasikan ilmu-ilmu tersebut dalam kehidupan seharian supaya pengetahuan itu tidak disia-siakan. Kan? Evidences aka bahan bukti itu sangat penting bagi ahli forensik untuk membuktikan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak. Bahan bukti juga perlu untuk membuktikan kesahihan pengakuan yang dibuat oleh saspek sama ada pengakuan itu benar atau tidak. (Fulamak. Ayat skema tibe-tibe)

Ok. Dalam sesuatu hubungan tidak kiralah persahabatan atau percintaan atau perkahwinan, kepercayaan itu amat penting. Itu aku akui. Tapi aku perlu evidences untuk membuktikan bahawa kamu berkata benar, tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka. Kasih sayang itu tidak akan terbukti dengan hanya melafazkan sahaja. Betul tak? Bagi aku memang tidak cukup jika sekadar melafazkan 'saya sayangkan awak'. Mati hidup semula aku takkan percaya.

Back to Top