Showing posts with label ToraTori. Show all posts
Showing posts with label ToraTori. Show all posts
2

Hamster kenduri hamster!

Arghh!! Serius ngeri tengok hamster makan hamster! Ada dua kemungkinan dalam fikiran aku. Samada yang dikenduri itu sudah mati dulu baru dikenduri atau dia dibunuh untuk dikenduri. Kalau lah aku peka dengan mereka. Salah aku! Dengar anak-anak hamster mencicit tapi buat tak tahu sebab bila mereka berbunyi itu perkara biasa. Tapi hari tu dorang mencicit lebih ganas daripada biasa. Aku tak jenguk, leka dengan laptop yang baru dibaiki. Lepas dah bangun dari tempat duduk baru aku jenguk dan ........!! Arghh...Ngeri!! Jijik! Seekor hamster dah tiada dan sedang di ratah oleh adik beradik beliau dan juga emak beliau. Aku nak buang bangkai keluar macam geli, tinggal dulu sampai malam dah nak tidur baru aku buang. Tengok-tengok dah tinggal tulang! Fuhh...

4

Kuak lentang oleh anak-anak Tori

Semalam pagi baru lepas cuci akuarium Tora Tori, bila petang lak tengok-tengok ada anak tikus lak tetiba kat dalam akuarium tu. Ish3, mana datang la pulak....Memang gempak la. Cucu makcik (angkat) yang tengah main-main dengan Tora Tori yang mula-mula perasan. Pastu adik angkat mak tegur, 'Hamster ni dah beranak ker?'. Terkejut beruk la aku. hohoo...Terus pegi jenguk akuarium, 'Haaa, dah beranak!!!. Ish biar betoi...Takkan tetiba je beranak. Sejak bila pulak mengandung.'

Kelam kabut la asingkan si Tori dan anak-anak masuk ke sangkar lain sebab takut si Tora makan anak-anak si Tori. Agak-agak si Tora punya anak ke orang lain punya? Empat ekor semuanya. Harap semua dapat membesar dengan sihat. Risau sangat mula-mula sebab tengok si Tori macam tak pandai nak jaga anak-anak dia. Lama sikit lepas tu baru la nampak si Tori menyusukan anak-anak beliau. Biasa la  beliau kan masih budak-budak. Macam manusia, kalau dah beranak masa umur 13 14 tahun, mesti tak reti kan. Lagi-lagi anak sulung.
3

Patah tumbuh hilang berganti - TORA TORI

 Ini adalah Tora dan Tori yang dihadiahkan oleh Che Nene aka sleeping beauty kepada ku aka dotdotdot...hehe...Hadiah ini sempena besday yang baru berlalu dan juga sebagai pengganti hamster kesayangan yang telah mati iaitu Tommei. sobsobsob....Tora jantan, Tori betina...hoho...
tak lama lg aku jadik penternak hamster lerr....


Back to Top