0

balasan panjang lebar untuk pesanan ringkasmu

semalam...
pesanan mu yang tidak ku duga tiba...
dan kelmarin ku bermimpi kita bersua...
terkedu ku seketika...
ini jawapannya...
harap kau baca...
kerna aku ketiadaan kredit untuk membalas terus kepadamu...
dan juga tiada kekuatan yang utuh...
untuk berbicara denganmu secara terus...
blog ini sebagai medium aku membalas pesananmu...

TAHNIAH darimu...
itu terlalu awal untuk diucapkan kerana ucapan yang kau beri itu belum berlaku..terima kasih atas ucapan itu, akan aku bawa untuk masa hadapan pabila ku sudah di jemput seseorang...
TAHNIAH JUGA BUATMU DAN SI DIA....

MINTA MAAF darimu...
usah risau...kau tidak melakukan apa-apa kesalahan bukan? semua yang berlaku adalah salah aku belaka...kau hanya melakukan apa yang bisa buat kau bahagia...walau tanpa rela, aku redha...
kau berhak melakukan yang terbaik untuk diri kau sendiri...
AKU MINTA MAAF ATAS SEGALA KESALAHANKU TERHADAPMU...

TERIMA KASIH darimu... .
terima kasih dariku jua kerana masih mengingati jasaku walau ku tidak minta kau ingat semua itu...aku beri bantuan kerna ku sayang kau dan ingin melihat kesenangan dalam kehidupan kau...kini ku tidak diperlukan lagi kan?
TERIMA KASIH UNTUK MU JUA KERANA SUDI MEMBANTU KU SAAT DULU...

KAU PASTI AKU TAKKAN MENUNGGUMU LAGI?
kalau kau sendiri sudah pasti, anggaplah begitu...kerna aku sendiri belum pasti...dan ayatmu itu mungkin membawa maksud bahawa kau sudah tidak mahu ku menunggumu...aku pasrah....
YANG PASTINYA, AKU SEDANG MENUNGGU SESEORANG YANG TELAH DIJODOHKAN ALLAH UNTUKKU...MUNGKIN KAU, DIA, ATAU MUNGKIN AKU TIDAK SEMPAT MENEMUI BELIAU...

SEMOGA BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT...
terima kasih...
SEMOGA KAU BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT JUGA...AMINNN...

Ya Allah Ya Rabbi...Kau temukan aku dengan jodoh pilihanmu dengan segera agar aku tidak terus menunggu dan menunggu...Aminnn....
0

Siapakah dia yang sedang ku tunggu2 saat ini? ermmmm...



Siapakah dia? Di manakah dia?

Yang bakal menjemputku menjadi surihatinya...

Yang bakal mengucup dahiku saat selesai akad perjanjian sehidup semati…

Yang bakal menjadi pemimpinku selepas terbinanya masjid nan teguh…

Yang bakal mendidikku menjadi hambaNya yang solehah…

Yang bakal menjadi imam ku ketika solat bersama…

Yang bakal sentiasa di sisi di masa suka dan duka ku menempuh kehidupan…

Yang bakal membuat diriku menjadi insan yang paling istimewa dalam hidupnya…

Yang bakal membawaku ke arah kehidupan yang penuh bermakna, tanpa sia-sia…

Yang bakal bersama ku untuk membina kehidupan sekeluarga yang bahagia…

Yang bakal menegur ku apabila aku khilaf dan alpa dengan keindahan dunia…

Yang bakal mengingatkan tentang keindahan syurga dan mengajakku gapai bersama…

Yang bakal bersabar dengan kerenah ku yang pelbagai, dan menerimaku seadaanya…

Yang bakal mencintai ku tanpa syarat, dan penuh keikhlasan…

Yang bakal memberi dorongan untuk ku menggapai impian…

Yang bakal aku layan bagaikan raja dan penuh keistimewaan…

Yang bakal ku beri kasih sayang tanpa berbelah bahagi…

Yang bakal menjadi abah kepada anak-anak ku yang bakal lahir…

Yang bakal bersama ku melalui kehidupan pada usia yang semakin lanjut…

Yang bakal memimpin tanganku tika berjalan walau rambut sudah beruban… =)


Bilakah si dia yang aku tunggu ini akan tiba…


Ya Allah…

Kau satukanlah aku dan si dia dengan segera kerana aku sudah mula rindukannya…

Sesungguhnya aku perlukan seseorang untuk memimpinku ke jalan yang penuh keredhaan…

Dan betapa aku mengharapkan kehadiran si dia supaya aku dapat menghentikan penantianku yang sekian lama…

Dan ku harap si dia yang telah Kau tetapkan untukku dapat membantuku untuk berhenti berharap dan melupakan seseorang yang bukan untukku…


p/s: pat pat siku lipat, sapo copat dio dapat…kehkeh…just kidding…

0

AWESOME MOMENTS @ BROGA HILLS









































































































0

Tak Suka Tak Apa - Screen (Lyric)

0

Shakespeare...

“Never play with the feelings of others because you may win the game but the risk is that you will surely lose the person for a life time.”

Notis 24 jam dan email beliau.

Ok. Notis 24 jam.
Tamatlah sudah perkhidmatan aku di *** dengan rasminya semalam. Tapi tak bagi resign letter lagi...So, kira rasmi ke ek? Kalut giler la last day semalam, baru tau kena hantar resign letter dan kena lengkapkan 'resignation checklist'. Apakah? Yang pasal resign letter tu memang salah aku sebab tak alert pasal tu. Ye la sebelum ni kalau berhenti just cakap mulut je. Tak payah official letter. Tapi pasal resignation checklist tu serius agak tensen sebab bagitau last minit. Tambah lagi dengan mendapat email dari si dia yang tak disangka2 itu. Bertambah tertekan la jawabnya. Elok2 aku nak lengkapkan checklist tu semalam, terus hilang mood dan tak larat nak ke hulu ke hilir. So, terpaksa la settlekan esok je.

Ok. Email beliau.
Pasal email tu, agak sakit jiwa gak la. Kenapa kau perlu bagi harapan lagi ek? Kalau dah tak nak aku, tak perlu la nak muncul lagi dan bagi harapan palsu. Aku tahu kau bahagia hidup tanpa aku. So, just go on with your new life without me. And dont care about me anymore. Tak perlu nak pura2 masih sayangkan aku dan masih nak aku jadi bini kau. Kau kata kau tak nak buat aku sedih, tapi apa yang sedang kau lakukan sekarang lebih menyedihkan berbanding apa yang berlaku dulu. Aku tahu kau tak nak aku kenapa. Kau tak percaya aku boleh berubah kan? Just wait n see. I wish you happy with your new life dengan si dia yang telah kau pilih.

Ok.
Sudah tiba masanya untuk menghadapi kenyataan ye Cik Sikin. Allah tahu apa dan siapa yang terbaik untuk kau. Percaya kepada Allah dan teruskan hidup seperti biasa. Jangan toleh ke belakang lagi, dan tinggalkan kenangan lama yang penuh suka dan duka. Mulakan hidup baru dengan kerja baru dan tunggu jemputan dari si dia yang telah tertulis untuk menjadi teman hidup kau. Siapakah dia? Bilakah dia akan datang? Itu semua hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Ok. Sekian.

p/s: Aku perlu senyum walau hati aku penuh luka. Itu kerana aku tak mahu orang-orang yang aku sayang yang sentiasa di sisi turut berduka atas penderitaan aku.

0

100. Tahun Baru Kehidupan Baru.

Selamat datang 2012.

Tahun baru. Azam baru. Jiwa baru. Kehidupan baru.

Tahniah untuk diri sendiri kerana mampu melawan keinginan diri sendiri yang membuak-buak. Alhamdulillah aku dapat lari dari terus terperangkap dalam kehidupan penuh kesengsaraan. Dari sehari ke sehari aku semakin menerima kenyataan untuk meneruskan kehidupan tanpa ‘cinta’. Cinta ku satu-satunya kini adalah Dia.

Azam tahun ni.

1. MENGEJAR CINTA HAKIKI.
2. Menjadi insan yang lebih matang dan mencuci segala sifat keji dalam diri.
3. Kereta. Yang boleh dinaiki. Bukan kereta mainan.
4. Kerja tetap. Tanpa ni, takde harapan le aku nak tunaikan azam no 3 tu. Sobsob.
5. Kahwin! Lalalala….

Back to Top