Showing posts with label Ketagih internet. Show all posts
Showing posts with label Ketagih internet. Show all posts
0

Senaman untuk penagih internet

Seorang doktor menasihati pesakit-pesakitnya untuk melakukan senaman ke atas leher mereka dengan membaca pesanan ini.

Akhirnya, kesemua pesakit pulang ke rumah tanpa meminta ubatan daripada doktor tersebut. 'Ini sangat berkesan,' kata doktor itu.

'Semua pesakit saya tidak pernah datang kepada saya lagi.'

Siapa yang rasa dia tu penagih internet, turun bawah lagi untuk mencuba senaman ini.
I
I
I
I
0

Harga diri ku? Hampir 1 billion

Dah lama tak log in laman web 'tagged', bila masuk semalam tiba-tiba ramai pulak yang membeli aku sebagai pet. Bertukar-tukar 'tuan' aku sebentar. Sekarang harga diri ku hampir mencecah 1 billion. Wow!

Tapi 1 billion mata wang 'pet cash' saje. Tapi kalau harga diri aku bernilai 1 billion ringgit atau dollar sekalipun, tidak akan aku menjual diri ini. Diri ini hanya untuk sang suami yang tercinta nanti. ^_^

Yang penting, benda 'tagged' ni sekadar suka-suka.
0

Aku? Ketagih internet? Tidakkk.........

Semalam rancangan Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah Selami Jiwa yang membincangkan topik 'ketagihan internet' menyedarkan bahawa sesungguhnya memang aku sudah boleh dikategorikan golongan yang ketagihan internet. Sepatutnya maksimum hanya 30 jam seminggu, tapi aku 8-10 jam sehari! Hohooo....

Dalam rancangan Selami Jiwa tu banyak perkara dibincangkan. Antaranya:
- Skil komunikasi dengan dunia luar akan terjejas (Adakah ini akan menyebabkan aku bertambah pemalu? Tidakkk....). Skil komunikasi hanya cekap bila berada di dunia siber, bila jumpa orang depan mata, rasa kekok. Ermm...

Back to Top