0

SYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T.

Ya Allah Ya Tuhan ku...
Aku amat bersyukur kepadamu Ya Allah...
Kerana telah memberi hidayahMu kepada kami...
Kami sentiasa menunggu saat ini hadir dalam hidup kami...
Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada kami untuk berubah...
Kami memohon semoga kami sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Mu...
Dan ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah kami lakukan terhadapMu...
Sesungguhnya kami lalai dengan keindahan dan kenikmatan duniawi...
Lalai sehingga kami terlupa betapa indahnya syurgaMu…

Ya Allah Ya Tuhan ku...
Sesungguhnya kami sendiri yang meletakkan diri dalam kehinaan...
Sehingga pintu hati ertutup untuk melihat kebesaran nikmatMu...
Kau tujukanlah kami ke jalan yang benar dan diredhaiMu...
Jalan yang akan membawa kami jauh dari pintu nerakaMu...
Dan terus membawa kami ke destinasi yang kami impikan...
Iaitu syurgaMu yang dikhabarkan rupanya sangat indah…
Betapa kami ingin menjadi insan yang layak masuk ke syurgaMu…
Tapi sudah terlalu banyak dosa yang kami lakukan terhadapmu…
Yang bakal menghalang kami untuk terus menuju ke syurgaMu…
Kami hambaMu amat mengharapkan anugerah terindah dariMu…



Ya Allah Ya Tuhan ku…
Teguhkanlah iman kami agar tidak jauh terpesong dari agama suciMu…
Kurniakanlah kami kesejahteraan agar dapat beribadah dengan sempurna…
Tabahkanlah hati kami agar kami tidak akan berputus asa untuk berusaha…
 Murahkanlah hati kami agar dapat membantu mereka yang memerlukan…
Murahkanlah rezeki kami agar dapat menjalani kehidupan sempurna…
Permudahkanlah segala urusan agar kehidupan kami berjalan lancar…
Jauhkanlah kami dari anasir-anasir jahat agar hidup aman terpelihara…
Jauhkanlah kami dari hasutan syaitan serta godaan hawa nafsu sendiri…

Ya Allah Ya Tuhan ku…
Hanya Engkau yang tahu…
Betapa besar tanggungjawab ku sebagai hambaMu…
 Betapa aku memerlukan keredhaan dariMu dalam hidupku…
Betapa bertuahnya aku kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim…
Betapa bersyukurnya aku setelah dipertunjukkan jalan yang benar…
 Betapa aku dapat merasa kebesaranMu Ya Allah…

TanpaMu Tuhan pencipta Alam, tiadalah aku di sini…

Ya Allah…
Aku mencintaiMu…
Aku mencintai NabiMu…
Aku mencintai segala mukjizatMu…
Aku mencintai ahli keluargaku…
Aku mencintai dirinya…

Kurniakanlah kepada mereka yang ku cintai keberkatan dariMu…
Tempatkanlah kami di kalangan hambaMu yang soleh/solehah…
 Berikanlah kami kebahagiaan dunia dan akhirat…
Sesungguhnya Engkau yang Maha Esa….

0 pendapat:

Back to Top