0

Aku? Ketagih internet? Tidakkk.........

Semalam rancangan Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah Selami Jiwa yang membincangkan topik 'ketagihan internet' menyedarkan bahawa sesungguhnya memang aku sudah boleh dikategorikan golongan yang ketagihan internet. Sepatutnya maksimum hanya 30 jam seminggu, tapi aku 8-10 jam sehari! Hohooo....

Dalam rancangan Selami Jiwa tu banyak perkara dibincangkan. Antaranya:
- Skil komunikasi dengan dunia luar akan terjejas (Adakah ini akan menyebabkan aku bertambah pemalu? Tidakkk....). Skil komunikasi hanya cekap bila berada di dunia siber, bila jumpa orang depan mata, rasa kekok. Ermm...

- Perlu jaga postur duduk dan kesihatan terutamanya mata. Jangan hadap komputer saje! Perlu fokus mata setiap 10 minit, tengok permandangan jauh dekat.
- Cinta terlarang. Bercinta dengan suami/isteri orang. Paling tak boleh lupa Dato' kata 'Suami orang kacau anak dara dimaafkan'. Hanya bergurau kot. Hehe...Tapi terkena sikit batang hidung sebab ada suami seseorang asyik la berkata-kata manis yang terlebih manis kepadaku! Buat tak layan sudah....Haha.....
- Internet juga adalah tempat mengiklankan diri apabila ditayang gambar-gambar seksi/sasa kepada pengguna internet.
- Dan banyak lagi...Tak berapa ingat suda...

Buat masa ni memang la aku duduk depan komputer, godek sana godek sini sampai 8 - 10 jam sehari. Almaklumlah belum bekerja kan. Bila menganggur, kena la cari kerja. Nak jimat punya pasal, cari kerja guna internet, mohon kerja guna internet. Itu pasal la sampai lama macam tu. Tapi bab cari kerja tu baru 1 - 2 jam, kadang-kadang tak sampai kot dan yang selebihnya sangkut kat mana agaknya? Hehe....

Facebook! Antara laman web yang selalu dikunjungi. Tapi facebook sangat banyak kelebihannya, mudah dan pantas untuk berkomunikasi denga rakan-rakan yang jauh. Dan juga dapat berjumpa dengan ramai kawan-kawan lama yang sudah lama tak dengar khabar berita. ^_^ Sayang sangat dekat kamu wahai facebook....Dan buat masa sekarang ni, tengah tak de kerja, layan game restaurant city. Walauupun duit yang dikumpul bukan boleh guna di dunia nyata, tapi syiok bila dapat membeli belah dengan duit tu beli barang-barang untuk restoran.

Blog! Ehem-ehem...Sekarang ni dah wajib buka blogger.com sebab suka sangat baca blog-blog. Banyak perkara yang tidak tahu menjadi tahu. Dah rajin update blog jugak sekarang ni sebab tak ada benda nak dibuat. Nanti dah kerja, mungkin seminggu sekali dua je la kot. Ermm....Suka sangat blog ni sebab ada tempat nak luah apa yang terbuku dihati. Dan juga boleh menulis apa yang hendak disampaikan kepada seseorang, tapi bukan secara direct. Walaupun tahu tak ada siapa yang baca, tapi aku tetap suka sebab macam dapat melegakan perasaan. Ermm..... Tapi yang wajib dibuat, jalan-jalan diblog-blog yang telah aku follow. Suke blogserius, borak kosong, dunia sebelah zara, dan banyak lagi la.

Yahoo mail! Ini memang wajib dibuka setiap masa. Penting sementara menunggu kerja ini. Walaupun tahu jarang sekali ada email yang pasal kerja. Kebanyakkannya pasal facebook, vemma, dan mcam-macam lagi yang telah aku daftar. Layan je laaa......Bukan susah pun nak delete kan?

Mudah.my! Kadang-kadang jenguk juga. Mana tahu ada kerja yang layak. =)

p/s: Semoga dapat kerja yang tak perlu mengadap komputer lama-lama. Tapi, kalau dapat. Saya terima! Rezeki jangan ditolak! Hehe...

0 pendapat:

Back to Top