26

Bidang kerja sains forensik luas?? Ermmmm...

 Petikan Mymetro:
KUALA LUMPUR: Graduan lepasan pengajian Sains Forensik di universiti tempatan mempunyai pilihan kerjaya selain bergelar pegawai forensik kerana peluang pekerjaan yang ditawarkan di dalam bidang itu luas.
Ketua Unit Sains Forensik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Khairul Osman berkata, setakat ini hanya tiga universiti tempatan yang menawarkan pengajian berkenaan.

“Tiga universiti itu adalah UKM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Management & Science University (MSU).
“Jumlah pelajar yang memilih jurusan ini pun belum banyak kerana mereka lebih berminat memilih bidang pengajian profesional lain seperti kejuruteraan mungkin kerana bimbang mereka tak dapat pekerjaan selepas tamat pengajian nanti,” katanya.



Dr Khairul berkata, selain menjadi pegawai forensik, graduan dan pelajar yang berminat mempelajari bidang ini boleh berkhidmat sebagai pakar linguistik forensik.

“Memang kebanyakan graduan yang tamat dalam bidang pengajian ini akan menjadi seorang pegawai forensik tapi sebagai pakar linguistik forensik mereka masih berada dalam lingkungan kerja yang sama.

“Antara tugas seorang pakar linguistik forensik adalah mengkaji dan menganalisis maklumat bertulis, lisan dan dokumentasi yang direkodkan pelaku jenayah sama ada ketika berada di tempat kejadian mahupun di bilik soal siasat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Intelektual bertajuk Apabila Forensik Berbicara anjuran Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, kelmarin. Hadir sama, Timbalan Ketua Penolong Pengarah, Makmal Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Dr Yew Choong Hoi dan penganalisa jenayah, Kamal Affandi Hashim.
Sementara itu, Dr Yew berkata, pakar linguistik forensik amat mustahak dalam membantu tugasan dan siasatan pasukan forensik kerana tidak ramai yang memilih kerjaya itu.

Kamal Affandi pula menasihatkan masyarakat tidak mudah terpedaya dengan drama televisyen berunsur jenayah dan forensik dari luar negara yang berjaya menyelesaikan kes dengan cepat berbanding di negara ini.

Katanya, segala yang berlaku di dalam sesebuah drama televisyen tidak sama dengan keadaan sebenar tugas seorang pegawai forensik kerana ia rekaan dan lakonan semata-mata.

Ohh...Memang bidang kerja sains forensik memang luas. Luas sangat. Tapi jika belajar perkara tu sikit, perkara ni ciput, perkara tu pulak cenenot. Macam mana nak dapat kerja? Interview pun dah gagal. Macam coursemate sorang ni, baru abis interview tahap akhir kat PDRM, tapi ditanya tentang k-management. Serius tak pernah dengar kot! Pendapat kawan-kawan semua memang men'down'kan semangat aku untuk memohon inspektor untuk sesi panggilan akan datang. Kalau betul macam kawan-kawan cakap yang PDRM tolak mentah-mentah pelajar sains forensik untuk masuk forensik PDRM, memang aku tak faham. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Arghhhh.... Rasa-rasanya, aku kerja apa la agaknya nanti ye. SPA pun tak panggil-panggil lagi. Sobsobsob. Batch pertama juga dikenali kawan-kawanku sebagai batch guinea pig aka batch eksperimen tersangat la banyak kekurangannya. Keistimewaannya terletak pada batch yang seterusnya kerana sudah pasti bila batch pertama mengadu tu merungut ni, mesti orang sepatutnya buat sesuatu untuk perbetulkan kan? So, yang kitorang batch pertama ni apa kes? Agak menyesal aku ambil degree ni jika aku tak dapat kerja yang berkaitan nanti. Rasa macam nak ambil degree lagi satu!! Selain PDRM ape je yang boleh. Bomba? Tak minat. Hospital? Tengah tunggu SPA. Private company? Macam tak layak. Hehe...

Ermm...Tak pe la. Buat masa ni memang aku tak harap dapat kerja yang sepatutnya dan selayaknya. Terima seadaanya. Kerani pun syukur kalau dapat. Kan? Apa pun yang penting cari rezeki yang halal.

26 pendapat:

POKPA said...

btol ke jurusn sains forensik ssh nk dpt kerja??

Acu Cikin said...

nak kata susah, xjugak..cuma bidang dia kurang luas...kurang pilihan kerja...PDRM, bomba, hospital, SPRM, JKM dan bbrp lg...tp kebanyakkannya kena melalui SPA...lambat mmg lambat...awak minat nak ambil jurusan ni ke?

Ғмɛσω said...

betul ke?
huhu,. saya form 5 ambik bidang sains.
cadang nak ambik bidang sains forensik lps ni.

Acu Cikin said...

amik diploma ke dik? kalau minat bleh je teruskan...akak maksudkan susah dpt kerja macam akak ni yg 1st batch...byk kekurangan...kalau yg skrg byk yg dah diperbaiki....so, peluang tu cerah la gak....

supertitan_89 said...

salam..nk tnya ni..apa beza course sains kimia(analisis forensik) uitm dengan course sains forensik kt usm ngan ukm...tq

Acu Cikin said...

yg kat uitm tu lebih kepada kimia kot, bidang kerja mungkin lebih kat makmal untuk analisis evidende...saya pun tak pasti sbb tak tau syllabus dorang macam mana..tp ukm banyak gak subjek kimia dalam syllabus baru

farha said...

saya pelajar lepasan asasi sains kat uitm. sy pn b'minat jg nak amek jurusan sains forensik nie. mmg PDRM xmau ea plajar2 sains forensik bekerja di bawah mereka?? katakanlah diorg xterima, so plajar2 yg malang nie nak keje kat mane selain PDRM??

Acu Cikin said...

tak tau la PDRM memang tak nak ataupun masih tiada rezeki untuk pelajar jurusan sains forensik. Andainya PDRM tak nak amik, banyak lg cabang lain untuk pelajar jurusan sains forensik. Macam Bomba, Hospital, dll. Kalau rasa yakin boleh, teruskan. Tak de la teruk sangat pun sbb pelajar jurusan lain pun kadang2 kerja bukan ikut bidang yg dorang belajar.

Lea IsNaw! said...

hii..student forensik ukam ker?
sy student forensik usm

susah kan nak dpt keje

-.-"

Acu Cikin said...

tu la pasal...mgkin belum rezeki kot..lea dah brapa tahun grad?

Anonymous said...

salam akak.,, saya dpt forensik kat MSU.,, tpi the probs is bleh tk klo buat mster nnti kita tukar kos tu ke bdang kimia,, ?? sye minat nk jdik lect kimia jek.. :) thanks.

Acu Cikin said...

waalaikumussalam dik...kalau minat kimia, knapa tak mintak course kimia terus dik?

tp kalau tak salah akak, boleh je nak sambung master in chemistry kalau degree forensic science..contoh mcm kwn akak, dia amik master yg subject nya kitorang xpernah belajar pun..kalau master kimia boleh je la rasanya sbb kimia byk jugak dalam sylabus forensik ni...tp xtau la kalo msu punya sylabus...kalau adik nak contact org msu, akak ada kwn keje as tutor kat msu forensic science...

Anonymous said...

huhu.,, yeke? sye bkan tknak amek kimia tpi tk dapt.,:c hehe., kire bole la nih., neway thanks akak 4 the info.!, pepe nnti sye consult la ngan kaunselor ke...:D

Acu Cikin said...

orait! same2 =)

Anonymous said...

saya pun baru je dapat offer forensik MSU untuk sept intake nanti. saya rasa ok je kalaw nak pilih bidang kimia. sebab on third year kite boleh pilih samada nak major biology or chemical. seriously, major in chemical lagi in demand kalaw nak compare dgn biology sbb dgn chemical forensic, keje kilang ubat or makanan pun boleh

Acu Cikin said...

yup..better chemistry...lg byk bidang pakai chemistry...forensik ni mmg byk guna chemistry...gudluck dik...hehe adik ker?

Siti Zafira said...

Salam saudari.

Saya merupakan pelajar MA tahun pertama di UKM, jurusan linguistik. Saya kini sedang berkira-kira untuk menghasilkan tesis MA dan memilih bidang kepakaran dalam linguistik forensik.

Saya sekadar ingin bertanya beberapa soalan kepada saudari memandangkan bidang linguistik forensik masih agak baru di kampus Bangi. Di sini, kami hanya mempunyai seorang pensyarah yang benar-benar mahir dengan kepakaran LF.

Sepanjang pengajian selama ini, adakah kursus saudari diperkenalkan dengan skop fonetik dalam subtajuk pengenalpastian suara menerusi perisian analisis ujaran PRAAT? Selain itu, bagaimana dengan kajian forensik yang saudari pelajari dikaitkan dengan skop sintaksis? Adakah saudari turut mengkaji pecahan bidang linguistik dalam kursus saudari.

Maaf banyak bertanya. Namun saya ingin benar mendapat perkongsian bermanfaat daripada saudari. Terima kasih. :)

IkinG said...

To Siti Zafira

Kami tak de belajar subjek2 yang awak sebutkan tu...Minta maaf sangat2 sebab tak dapat membantu awak...

cik intan said...

assalam.

sy graduan uitm kimia analisis forensik...uh....nama mcm best..belajar smpai senget2 kpl terkonatang kanting nk abeskn dgree ni...alhamdulillah baes juga ngn result yg alhamdulillahh...tp keje??ermmm...dh setahun menganggur...slama setahun sy keje kontrak,part time je...dr keje cashier ke keje RA ke keje cikgu sambilan mrsm...skrg pemetik anggur br sebulan..ermmm...sedih...ms nk apply ke degree,lec galakkn amik kos ni...sy 3rd batch 4 this course...yg senior ade la 2,3org g lthn ngn PDRM...yg lain jd ckgu,lec,sambung master,keje kilang,keje HR,marketing...

wuawuaaaa...nyesal amik kos ni...nk nangis rase....g interview sume kata ade ke peluang keje as forensik in msia??kenape amik kos ni?kenape?itu ini...huhuuu...

if blh pusing ke blkg blik,sy nk amik dgree in chemistry or applied chemistry...uhuk2..

sbr.sume ni dugaanNYA.sbr.rezeki ade d mn2..(^_^)

yg pnting jgn jemu mnuntut ilmu...tuntut ilmu smpai bila2 ;)

IkinG said...

kalau ikutkan, saye pun ada perasaan menyesal tp tu semua dah takdir kan...dan kita sendiri yg pilih...xboleh salahkan sape2...apepun kalau ada rezeki xke mana kan..yang penting usaha...walau xdpt join PDRM, leh masuk bidang lain...

Anonymous said...

salam
sy berminat membaca tulisan anda...malah saya juga tertarik dgn komen2 yg kawan2 awk post kan....sy cuma nak kongsi pengalaman...adik sy graduan UITM dlm bidang kimia analisis forensik kalo x slh...dia lulus dgn cemerlang (pointer >3.0)...tapi nasib dia sama..iaitu MENGANGGUR...skrang ni dia bekerja sebagai pegawai kontrak di kementerian yg x de kaitan langsung dgn sains..kesian lah!!!!!!!!!! so sy cadangkan x yah lah amik forensic ni...nnti menyesal...negara kita x sama mcm negara barat..dorang maju..kita kalo dgn kes criminal ni,bnyak sgt campur tngan politik..sorry just luahan perasaan je, geram tngok adik sy belajar penat2 tapi mnganggur

Awan Nina said...

alamak . bila baca komen2 kat atas nih buat saya risau nak amik forensic utk degree . mmg tak terjamin eh kerja ??

Anonymous said...

Salam..saya pelajar yang bakal memasuki dunia praktikal..dan saya juga pelajar Prof. KO..Bagi saya belia telah byk sgt membantu kami dalam pelbagai benda dan hal..Bagi saya tiada masalah jika mahu bekerja..takut menganggur? Kita perlulah bijak memilih alternatif lain..sebagai seorang mahasiswa semestinya kita telah terdedah dalam pengurusan organisasi.. dan saya sendiri mempunyai pilihan kedua pekerjaan jika tidak dapat meneruskan dalam bidang forensik.. Bagi saya..jika memerlukan kerja..ada carnya..cuma perlu diusuli dengan usaha yang tanpa henti dan bersungguh memperbaiki diri mcm polis.. bapa saya sendiri bekas polis dan mensyorkan saya untuk masuk pdrm forensik..dgn syarat kena go through polapol..macam polis lain.. tetapi yang saya dgr ada pelajar yang tidak mahu mengikuti latihan sebegitu..which is sangatlah menyedihkan.. senang kata..rezeki di mana2 jika ada usaha, insyaAllah akan ada dijumpai.. jgn mudah terlatah sekiranya ditolak..instead cuba terbaik untuk memberi impression yang bagus dan lakukan yang terbaik dalam semua perkara..sekian dari saya.. assalamualaikumm- sekadar berkongsi pendapat-

naquia farisha said...

as salam,
akak, nak tanya, kalau syarikat swasta yg mungkin terima graduan sains forensik syarikat ape ye? terima kasih. ^^

Anonymous said...

as salam,
akak, nak tanya, kalau syarikat swasta yang terima graduan sains forensik syarikat ape ye?

riquia said...

salam, akak, nak tanya, kalau syarikat swasta lain yg terima degree kite ni syarikat ape ye?

Back to Top