0

Awak...Jangan mengharap pada yang tidak sudi.....


Awak. Tolong lah jangan mengharap lagi pada dia yang tidak sudi. Nanti merana diri. Saya juga seorang perempuan. Saya mengerti perasaan awak. Mengerti sangat-sangat. Dia sudah kahwin awak. Awak tabah ye. Saya faham kenapa awak merana. Kekasih hati bersama orang lain. Tapi awak, dia tidak pilih awak. Jangan fikir tentang dia lagi ye.


Walaupun saya tidak kenal awak, tapi saya faham sangat-sangat perasaan awak. Walaupun saya tidak tahu cerita sebenar. Tapi tetap saya mengerti kerana perkara yang hampir sama juga telah berlaku pada saya dulu. Mula-mula memang hati sakit sangat, tapi kita kena teruskan hidup tau. Kita tidak boleh mengalah. Jika awak sabar, awak akan temui cinta sejati awak.

Awak kalau nak sedapkan hati, nak tenangkan diri, nak buang dia jauh-jauh, awak fikir je macam ni. 'Kenapa perlu aku fikir pasal dia? Dia tak layak untuk aku! I deserve better!'. Memang ayat tu macam berbunyi angkuh, tapi InysaAllah awak akan berfikir maju ke depan lagi.

Tak faham kan awak? Kenapa sesetengah lelaki suka mainkan perasaan perempuan ye? Kalau sudah ada kekasih, kenapa perlu ada 'spare part'? Kalau sudah ada tunang, kenapa perlu ada 'kekasih gelap'? Kalau sudah ada isteri, kenapa perlu ada 'perempuan simpanan'? Sungguh tidak faham. Saya sudah kenal banyak lelaki dari golongan seperti ini. Suami orang, boyfriend orang. Fuhhh...Ayat dorang memang manis belaka. Kalah gula tau! Bila bercakap, lembut gigi dari lidah.

Awak tau, bila saya marah-marah dorang sebab tabur ayat manis, dorang kata saya tak sporting la, tak matang la. Mungkin dorang dah biasa gurau macam tu kot dengan kawan-kawan lain. Tapi bila fikir-fikir balik, sukati dorang la kan nak cakap-cakap manis pun. Janji saya no heart feeling kat dorang.

Apa-apa pun awak, ini semua takdir. Awak tiada jodoh dengan dia. Jodoh awak dengan orang lain yang Allah akan temukan dengan awak suatu hari nanti. Mungkin lebih baik dari dia. Cuma saya pesan, jangan mudah termakan kata-kata janji dari lelaki ye. Zaman sekarang ni, lebih banyak lelaki berniat jahat, daripada yang berniat baik.

Fikir tentang masa depan, jangan tentang masa lalu. Yang lepas, jadikan pengajaran.

p/s: Nasihat kepada seseorang. Dan juga peringatan kepada diri sendiri. ^_^

0 pendapat:

Back to Top