0

Jatuh cinta dengan suara itu....Nyenyekkk....

g00gle baby!
 
'Nyenyekkkk' (nenek) adalah perkataan yang selalu berkumandang pada waktu petang hari bekerja. Ada seorang budak perempuan kecil panggil nyenyek pada mak aku setiap kali melintas di depan pintu rumah. Mak dan ayah beliau baru balik bekerja dan baru jemput beliau  dan adik beradik yang lain dari tempat asuhan (kot). Ohh....Suara dia sangat comel! Dan aku pasti mukanya adalah tersangat comel jugak.. Buat masa ini aku tidak berkesempatan lagi menjenguk untuk melihat rupa paras budak itu kerana malas nak mengenakan tudung ada bapak beliau. Hohooo...Tak pe la. Dengar suara pun dah cukup. Ini membuatkan aku semakin tidak sabar mempunyai anak sendiri...hehe. Kadang-kadang budak tu berhenti sekejap kalau ada sesuatu yang nak dicerita pada nyenyek nya. Tapi nyenyek nya satu hapah pun tak faham apa yang cuba disampaikan oleh beliau. Aku sendiri pun tak faham kot.  Hehe. Tapi nyenyeknya tetap setia melayan beliau. Kalau dah maghrib, pintu harus di tutup kan? Tapi suara beliau tetap sayup-sayup kedengaran memanggil nyenyeknya. Kesian tapi aku tetap akan tersenyum tiap kali beliau mengeluarkan suaranya.
0

BEAUTY OF MATHEMATICS!



1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
0

Kongsian Ilmu: Simpanan Syurga

Penghuni simpanan Syurga adalah mereka yang menyembunyikan:
  1. Musibah yang menimpa diri
  2. Sedekah
  3. Sakit yang dirasai
  4. Kelebihan yang terdapat pada mereka
p/s: Saje nak kongsi ilmu yang dapat daripada rancangan TV. Tak berapa ingat daripada ustazah mana.
4

Selamat Pengantin Baru kepada Abang & Kak Nisa

 Merah menyala woooo....
Gambar cilok dari FB kawan abang. Sori kalau marah. Peace No War!




SELAMAT PENGANTIN BARU dan TAHNIAH diucapkan kepada abang (Abdul Aziz Shaharudin) dan kak Nisa (Nur Hanisah Abdullah Dzawawi). Didoakan semoga kekal berbahagia sehingga ke anak cucu akhir hayat. Kekal dunia akhirat. Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

26

Bidang kerja sains forensik luas?? Ermmmm...

 Petikan Mymetro:
KUALA LUMPUR: Graduan lepasan pengajian Sains Forensik di universiti tempatan mempunyai pilihan kerjaya selain bergelar pegawai forensik kerana peluang pekerjaan yang ditawarkan di dalam bidang itu luas.
Ketua Unit Sains Forensik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Khairul Osman berkata, setakat ini hanya tiga universiti tempatan yang menawarkan pengajian berkenaan.

“Tiga universiti itu adalah UKM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Management & Science University (MSU).
“Jumlah pelajar yang memilih jurusan ini pun belum banyak kerana mereka lebih berminat memilih bidang pengajian profesional lain seperti kejuruteraan mungkin kerana bimbang mereka tak dapat pekerjaan selepas tamat pengajian nanti,” katanya.

0

Awak...Jangan mengharap pada yang tidak sudi.....


Awak. Tolong lah jangan mengharap lagi pada dia yang tidak sudi. Nanti merana diri. Saya juga seorang perempuan. Saya mengerti perasaan awak. Mengerti sangat-sangat. Dia sudah kahwin awak. Awak tabah ye. Saya faham kenapa awak merana. Kekasih hati bersama orang lain. Tapi awak, dia tidak pilih awak. Jangan fikir tentang dia lagi ye.

0

Ku yakin engkau menjemputku....

(◡‿◡✿) lﻪlﻪlﻪlﻪlﻪ....

էεгﻨռցﻪէ รεlﻪlս աﻪյﻪհ ĸεĸﻪรﻨհĸս

Sﻪﻪէ ĸս ოεռսﻨﻪ lﻪցս

Cօъﻪ εռցĸﻪս ժεռցﻪгĸﻪռ

ĸս էսﻨﻪĸﻪռ ռﻪժﻪ lﻨгﻨĸ lﻪցս รεժεгհﻪռﻪ

ĸս ८εгﻨէﻪĸﻪռ ĸﻨรﻪհ էεռէﻪռց ĸﻨէﻪ

❥

Pεlսĸlﻪհ էսъսհĸս ъﻨlﻪ εռցĸﻪս гﻪթսհ

Sﻪﻪէ ĸﻪս ოսlﻨﻪ էεгյﻪէսհ

Aĸս ժﻪէﻪռց ოεռկεlﻪოﻪէĸﻪռოս

Iռﻨ รսгցﻪ ĸﻨէﻪ էﻪﻨժﻪ կﻪռց ოεռցսﻪรﻨﻪռկﻪ

էεოթﻪէ ĸﻨէﻪ ъεгรﻪռժﻪг ժﻪռ ъεгէﻪհէﻪ

❥

0

Dewi (Versi Melayu)

RULES:
1. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
2. Tag 10 friends
3. Everyone tagged has to do the same thing.
4. Have Fun!
(I want to follow rule no1 & 4 only! hehe)

IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY? 
Namun ku punya hati (Ya..aku punya hati yang tak berapa nak OK)

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF? 
Rahsia Perempuan

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Extravaganza

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Aku tanpa cintamu (Hari ini kamu masih .....)

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Bila nak saksi

WHAT'S YOUR MOTTO?
Janjiku (InsyaAllah aku akan tunaikan janji aku)

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Milik siapakah gadis ini (Kawan-kawan yang nak tahu, tanya ok? hehe)

0

Mobile (English version)

RULES:
1. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
2. Tag 10 friends
3. Everyone tagged has to do the same thing.
4. Have Fun!
(I want to follow rule no1 & 4 only! hehe)

IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Anywhere but here (sambil tunjuk kat jantung aka heart)

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
I don't wanna know

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
7 years and 50 days

HOW DO YOU FEEL TODAY?
All I want is you (Kamu! Ya..kamu yang sedang menginap di hati aku itu)

Maafkan aku bila meragui omonganmu....Evidences itu penting ok!



Ok. Sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan agak mendalam tentang forensik, maka perlulah aku mengaplikasikan ilmu-ilmu tersebut dalam kehidupan seharian supaya pengetahuan itu tidak disia-siakan. Kan? Evidences aka bahan bukti itu sangat penting bagi ahli forensik untuk membuktikan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak. Bahan bukti juga perlu untuk membuktikan kesahihan pengakuan yang dibuat oleh saspek sama ada pengakuan itu benar atau tidak. (Fulamak. Ayat skema tibe-tibe)

Ok. Dalam sesuatu hubungan tidak kiralah persahabatan atau percintaan atau perkahwinan, kepercayaan itu amat penting. Itu aku akui. Tapi aku perlu evidences untuk membuktikan bahawa kamu berkata benar, tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka. Kasih sayang itu tidak akan terbukti dengan hanya melafazkan sahaja. Betul tak? Bagi aku memang tidak cukup jika sekadar melafazkan 'saya sayangkan awak'. Mati hidup semula aku takkan percaya.

0

Harga diri ku? Hampir 1 billion

Dah lama tak log in laman web 'tagged', bila masuk semalam tiba-tiba ramai pulak yang membeli aku sebagai pet. Bertukar-tukar 'tuan' aku sebentar. Sekarang harga diri ku hampir mencecah 1 billion. Wow!

Tapi 1 billion mata wang 'pet cash' saje. Tapi kalau harga diri aku bernilai 1 billion ringgit atau dollar sekalipun, tidak akan aku menjual diri ini. Diri ini hanya untuk sang suami yang tercinta nanti. ^_^

Yang penting, benda 'tagged' ni sekadar suka-suka.
2

Kan ku pastikan sejarah tidak berulang lagi!

Sejarah yang pahit itu akan aku usahakan supaya tidak akan berulang lagi. Aku tidak mahu dianggap tidak setia oleh si dia. Dan aku tahu engkau pun tidak akan membuat aku mengulangi kesilapan itu. Biarlah sejarah itu dijadikan pengajaran. Walau pun aku sangat mahu seperti dulu kala. Tapi itu tidak boleh berlaku. Aku mohon semoga engkau ubahlah cara melayan aku. Jangan seperti dulu. Kerana aku sudah memilih dirinya. Dan engkau juga sudah memilih seseorang bukan? Aku sangat mencintai dirinya. Memang aku sayangkan engkau, tapi hanya sebagai kawan. Seperti kawan-kawan yang lain. Dan aku tahu engkau juga sayang kepada aku seperti kawan-kawan engkau yang lain bukan? Jodoh pertemuan ditangan Allah S.W.T.. Aku redha atas segala ketentuannya ke atas diriku.

Aku berdoa semoga engkau bahagia dengannya. Dan aku juga berharap kebahagiaan sentiasa bersama dengan kami. Amin.
0

Aku? Ketagih internet? Tidakkk.........

Semalam rancangan Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah Selami Jiwa yang membincangkan topik 'ketagihan internet' menyedarkan bahawa sesungguhnya memang aku sudah boleh dikategorikan golongan yang ketagihan internet. Sepatutnya maksimum hanya 30 jam seminggu, tapi aku 8-10 jam sehari! Hohooo....

Dalam rancangan Selami Jiwa tu banyak perkara dibincangkan. Antaranya:
- Skil komunikasi dengan dunia luar akan terjejas (Adakah ini akan menyebabkan aku bertambah pemalu? Tidakkk....). Skil komunikasi hanya cekap bila berada di dunia siber, bila jumpa orang depan mata, rasa kekok. Ermm...

Matematik itu SEKSI!!

Aku sangat mencintai subjek matematik!! Dan sampai sekarang masih tak dapat dikenalpasti kenapa aku tak sambung belajar yang berkaitan dengan matematik. Agak menyesal di situ. Tapi sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Matematik oohhh matematik! Adakah kita masih mempunyai harapan untuk bermesra seperti dulu kala???

Dan sekarang baru aku tahu yang matematik itu adalah subjek yang SEKSI!! Hohohoooo.....
0

Jalan-jalan cari kerja....Biocareer Fair

Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre
Tarikh : 13 & 14 Nov 2010
Motif utama : Jalan-jalan cari kerja @ Biocareer fair
Dengan? : Che Nene

Terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa dibuat untuk sampai ke sini. Terutamanya kos perbelanjaan print resume. Resume 3 mukasurat, print 3 set + 1 file pdf 2 mukasurat = RM13!!! Aku takkan print kat tempat tu lagi kecuali aku dah tak tahu nak bazirkan duit kat mana. Memang mencekik darahku! Tapi disebalik terjadinya perkara malang ini, aku berdoa dengan izin Allah S.W.T. akan mendapat peluang pekerjaan yang dipohon hasil dari resume mahal tersebut...Aminnnn.... ^_^

Sampai KLCC, tersesat masuk GoMobile dulu. Dan tertarik sangat dengan phone museum yang dibuka. Telepon yang ditayang kebanyakannya tidak pernah dilihat dengan mata kepala sendiri lagi. Saye suke!! Hohooo....


Telefon kalis api dan letupan...buat dari besi kot...nasib baik gagang dia bukan dari besi, kalau tak...nak jawab panggilan mesti kena pegang dua tangan...Tak leh gayot lama-lama la pulak tu...hehe


Back to Top