0

Jatuh cinta dengan suara itu....Nyenyekkk....

g00gle baby!
 
'Nyenyekkkk' (nenek) adalah perkataan yang selalu berkumandang pada waktu petang hari bekerja. Ada seorang budak perempuan kecil panggil nyenyek pada mak aku setiap kali melintas di depan pintu rumah. Mak dan ayah beliau baru balik bekerja dan baru jemput beliau  dan adik beradik yang lain dari tempat asuhan (kot). Ohh....Suara dia sangat comel! Dan aku pasti mukanya adalah tersangat comel jugak.. Buat masa ini aku tidak berkesempatan lagi menjenguk untuk melihat rupa paras budak itu kerana malas nak mengenakan tudung ada bapak beliau. Hohooo...Tak pe la. Dengar suara pun dah cukup. Ini membuatkan aku semakin tidak sabar mempunyai anak sendiri...hehe. Kadang-kadang budak tu berhenti sekejap kalau ada sesuatu yang nak dicerita pada nyenyek nya. Tapi nyenyek nya satu hapah pun tak faham apa yang cuba disampaikan oleh beliau. Aku sendiri pun tak faham kot.  Hehe. Tapi nyenyeknya tetap setia melayan beliau. Kalau dah maghrib, pintu harus di tutup kan? Tapi suara beliau tetap sayup-sayup kedengaran memanggil nyenyeknya. Kesian tapi aku tetap akan tersenyum tiap kali beliau mengeluarkan suaranya.

0 pendapat:

Back to Top