DESIRE is my DESIRE!!

Hatchiummm!!! berhabuk sungguh belog ni...lama tak berusik...

Lamanya tak membebel dalam belog ni. Kebelakangan ni masa amatlah suntuk untuk dilempiaskan kat belog. Masa amat berharga untuk diluangkan kepada kerja-kerja yang lebih berfaedah seperti kerja ($$) dan untuk si dia (faedah ker? hehe).

Impian untuk memiliki HTC desire masih terbengkalai. Dek kerana duit si dia tak cukup lagi. Kami nak beli sama2 (konon2 sweet couple la ni...haha). Tapi tak pe, aku akan cuba sedaya upaya bersabar. Kepada dia, tolonglah cukup duit cepat2. Pleaseeee........

HTC desire, tolong lah turun sikit harga kamu. Kenapa mahal sangat kamu ni..... =P

0

Nazmi - Lupa! Aku Lupa!! @ RAJA LAWAK 5

Serius suka giler dengan Nazmi ni....
Dengar suara dia, cara dia cakap pun dah buat aku gelak....
AKU LUPAAAAAAAAAAAAAA!!



0

kau memang kejam!!!

kau....
sampai ati kau buat aku macam ni....
kenapa kau sanggup buat aku macam ni??
sampai bile kau nak kacau aku??
sampai bile kau nak memburukkan aku yg dah sedia buruk ni??
apa yg perlu aku buat supaya kau pergi dari aku???
apa salah aku kau buat aku macam ni??
berilah aku peluang untuk kecapi hidup yang lebih baik...
tolong lah kasihani daku....

0

Jawab suke2...lalalala....

1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
- makang

2. 2 jam yang lalu?
- baca belog kut~~

3. Minggu lepas?
- duduk rumah sajer + g UKM tulun junior pasai tesis..

Kemalangan F1 yang paling mengerikan!!!

Amat mengerikan.
Dinasihatkan mereka yang lemah semangat agar tidak melihat gambar ini.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
0

Mungkin kamu adalah Raja. Tapi......



Mungkin kamu adalah Raja Dunia...

www.FunAndFunOnly.org

Mungkin kamu adalah yang paling berbahaya di dunia...
www.FunAndFunOnly.org

Mungkin kamu pandai berdikari...
www.FunAndFunOnly.org

Mungkin kamu boleh menguasai yang lain atau menguasai dunia...
0

Kalau berpacaran.....

2

Hamster kenduri hamster!

Arghh!! Serius ngeri tengok hamster makan hamster! Ada dua kemungkinan dalam fikiran aku. Samada yang dikenduri itu sudah mati dulu baru dikenduri atau dia dibunuh untuk dikenduri. Kalau lah aku peka dengan mereka. Salah aku! Dengar anak-anak hamster mencicit tapi buat tak tahu sebab bila mereka berbunyi itu perkara biasa. Tapi hari tu dorang mencicit lebih ganas daripada biasa. Aku tak jenguk, leka dengan laptop yang baru dibaiki. Lepas dah bangun dari tempat duduk baru aku jenguk dan ........!! Arghh...Ngeri!! Jijik! Seekor hamster dah tiada dan sedang di ratah oleh adik beradik beliau dan juga emak beliau. Aku nak buang bangkai keluar macam geli, tinggal dulu sampai malam dah nak tidur baru aku buang. Tengok-tengok dah tinggal tulang! Fuhh...

0

Aduss...tak sedia lagi la..... :P

Kenduri dah settle!

Tiada alasan lagi untuk melepak lagi di rumah. Tapi tak sedia lagi nak menempuh alam pekerjaan. Huhu Dan tak puas lagi ber'cuti' tanpa gaji + perabih beras mak. hehe..

Nak kata tak ada rezeki, tak ada orang bagi kerja, tipu la. Usaha tak da, mana nak dapat kerja. Aku nak tunggu orang masuk meminang je boleh tak? Hehe...Pemalas punya manusia!

Aku ni pemilih sangat ker? Ermm...Kat kawasan rumah ni banyak je kerja kosong, tapi kenapa aku taknak? Ermm....Bukan taknak, tapi saje nak kerja jauh-jauh. Baru best. (Ye la tue..)

Dah ada peluang kerja, tapi aku keberatan sikit sebab...(Memilih betul aku ni...lalalala)

p/s: Di mana ada rezeki, di situ ada saya.... =)

Renungan daripada DDFK

Datuk Dr. Fadilah Kamsah berkata:

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."


Jadi renungkan lah....


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

0

Gambar ape plak ni? Macam ......

Gambar apa ni ek? 

4

Kuak lentang oleh anak-anak Tori

Semalam pagi baru lepas cuci akuarium Tora Tori, bila petang lak tengok-tengok ada anak tikus lak tetiba kat dalam akuarium tu. Ish3, mana datang la pulak....Memang gempak la. Cucu makcik (angkat) yang tengah main-main dengan Tora Tori yang mula-mula perasan. Pastu adik angkat mak tegur, 'Hamster ni dah beranak ker?'. Terkejut beruk la aku. hohoo...Terus pegi jenguk akuarium, 'Haaa, dah beranak!!!. Ish biar betoi...Takkan tetiba je beranak. Sejak bila pulak mengandung.'

Kelam kabut la asingkan si Tori dan anak-anak masuk ke sangkar lain sebab takut si Tora makan anak-anak si Tori. Agak-agak si Tora punya anak ke orang lain punya? Empat ekor semuanya. Harap semua dapat membesar dengan sihat. Risau sangat mula-mula sebab tengok si Tori macam tak pandai nak jaga anak-anak dia. Lama sikit lepas tu baru la nampak si Tori menyusukan anak-anak beliau. Biasa la  beliau kan masih budak-budak. Macam manusia, kalau dah beranak masa umur 13 14 tahun, mesti tak reti kan. Lagi-lagi anak sulung.
0

Baby untuk dimakan...nyum..nyum..nyum




0

Message of the year!

Sender: +6285215949170

Mesej: Ni Pakcik guna kad orng, tolng isikan P'cik top up RM30 di nombor mak ni no dia 0178343217, pasal P'cik ada kes di blai polis

Dua kali mesej ni masuk inbox handphone mak daripada sender yang sama. Ape ke pelik sangat Pakcik mak aku nak minta top up daripada mak aku. Kenal pun tidak! Nak kata dari Pakcik (angkat) aku aka adik angkat mak, lagi la pelik sebab anak dia berlambak kot. Paling kelakar, mak aku siap kol adik angkat dia sebab ingat mesej daripada dia. Aku pulak tak ada kat rumah. Nasib baik mak tak pandai menopup.

Mesej ni banyak versi rasanya. Ada pernah tengok dia tukar pangkat 'Pakcik' kepada 'Ayah'. Nasib baik aku tak dapat mesej yang 'Ayah' tu. Kalau tak, memang aku gelak besar + geram sebab mainkan nama arwah abah!

Teringin la nak balas mesej tu macam kenakan dia balik. ''You have reloaded RM1000. Your new airtime balance for 0178343217 on 06/12/2010 is RM1000.01 and valid until you die.'' Tapi malas la, nak buat apa. Membazir je kan. Berbaloi ke agaknya dia buat macam ni? Guna duit haram. Ish3. Macam-macam la sekarang. Harap tak ada yang percaya dan tertipu dengan helah orang-orang sebegini.
0

Orbing ball...Permainan yang harus dicuba!


Permainan ni sangat menarik dan menyeronokkan. Masa ni dah lama dah, masa zaman study. Aku dan kawan-kawan baru je balik dari Port Dickson. Lepas hantar kawan kat Kolej Tun Syed Nasir dan keluar dari pagar kolej terus nampak bola besar ni. Mata tak lepas dari memandang bola yang menarik ni. Kawan-kawan terus ajak main permainan ni. Cari parking, pastu terus pergi tanya-tanya. Mula-mula aku taknak join, segan..hehe...Tapi fikir-fikir balik. Join je la..Bukan ramai orang tengok pon. Dua orang masuk dalam bola, pastu digolekkan oleh penggolek-penggolek. Tapi ada la alat keselamatan kat dalam bola ni. Tali keselamatan ikat badan, pastu tangan dengan kaki pandai-pandai sendiri la pegang macam mana sebab ada tali untuk tangan dan kaki kat dalam tu.

Back to Top