4

Kuak lentang oleh anak-anak Tori

Semalam pagi baru lepas cuci akuarium Tora Tori, bila petang lak tengok-tengok ada anak tikus lak tetiba kat dalam akuarium tu. Ish3, mana datang la pulak....Memang gempak la. Cucu makcik (angkat) yang tengah main-main dengan Tora Tori yang mula-mula perasan. Pastu adik angkat mak tegur, 'Hamster ni dah beranak ker?'. Terkejut beruk la aku. hohoo...Terus pegi jenguk akuarium, 'Haaa, dah beranak!!!. Ish biar betoi...Takkan tetiba je beranak. Sejak bila pulak mengandung.'

Kelam kabut la asingkan si Tori dan anak-anak masuk ke sangkar lain sebab takut si Tora makan anak-anak si Tori. Agak-agak si Tora punya anak ke orang lain punya? Empat ekor semuanya. Harap semua dapat membesar dengan sihat. Risau sangat mula-mula sebab tengok si Tori macam tak pandai nak jaga anak-anak dia. Lama sikit lepas tu baru la nampak si Tori menyusukan anak-anak beliau. Biasa la  beliau kan masih budak-budak. Macam manusia, kalau dah beranak masa umur 13 14 tahun, mesti tak reti kan. Lagi-lagi anak sulung.

Erm...Bahagia la pulak bila tengok macam tu. Ni pengalaman kedua tengok baby hamster. Best!! Baby hamster bergerak dengan gaya kuak lentang. Memang kiut! Tapi agak geli sebab tak de bulu lagi..hehe.  Maka dengan ini, makin bertambah la tanggungan oleh mak aku. Harap-harap dapat kerja cepat, boleh sara hamster kesayangan dengan duit sendiri. ^_^



Paling risau bila si Tori bergayut kat jaring dengan anak yang tengah menyusu tergantung. Kalau anak dia terkeluar dari sangkar, pastu sesat ke mana-mana, tak ke naya. Tori, sila berubah kepada sifat keperempuanan sikit. Jangan gayut-gayut k!

4 pendapat:

NiNi CeluP-CelOp said...

owh2.....sgt sgt geram....cepat tumbuh bulu....dis weekend jmp!

IkinG said...

ari ni dah nampak cket itam2 kat kulit, esok2 ada bulu...xsabarnye!!

CtZ said...

lorr die boleh bergayut sambil susukan baby..soo cute la..hihi

IkinG said...

;) tau xpe..kiut tp kesian kat baby dia :f

Back to Top