0

Jika aku bukan dari tulang rusuknya...


Ya Allah, jika saya bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan saya merindukan kehadirannya.
Janganlah biarkan saya melabuhkan hati saya di hatinya.
Kikislah pesonanya dari pelupuk mata saya
dan usirlah dia dari relung hati saya.
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini

dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah saya agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.
0

Kuatkah aku?

Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau tabahkanlah hati hambaMu ini...
Untuk melalui pelbagai ujian dariMu...
Jauhkanlah aku dari perasaan putus asa untuk meneruskan hidup...
Jauhkanlah aku dari membuat perkara-perkara yang dimurkaiMu...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau titipkan dalam hatiku...
Aku boleh hidup tanpanya...
Aku mampu membuang cinta untuknya...
Dan aku redha dengan ketentuanMu...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau sampaikan padanya...
Jauhkan dirinya dari hidupku...
Katakan padanya...
Berhenti menyeksa batinku...

Sesungguhnya aku tidak mampu bertahan lagi...

0

Kembalilah kasih....


Sendirianku di halaman
Bulan dan bintang menyaksikan
Perpisahan dua insan
Tiada rela...

Diabadikan bunga merah
Menjadi lambang perpisahan
Percintaan dua insan
Tiada tara...

Kini hilang dari pandangan jernih berkaca
Sayu kedengaran suaramu

Kembalilah kekasih 
Kembali segera
Hilangkan kerinduan yang masih melanda
Kudambakan bisikan asmara
Kasihmu penuh makna
Kuyakin bunga cinta
Pasti mekar semula
0

Andai dapat ku undur putaran dunia....


Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahaN
Ku tersepit dalam jerat sendiri 
0

Tangisan naluri...



Oh benarkah ini suatu keinginan 
Dimana kau janji 
Dimata ku merinduimu 
Mengimbas kembali 
Dalam renungan 
Hanya tinggal wajah mu 
Dalam memoriku 
Dengarkan lah sayang seruan 
Dari jiwaku yang 
Menanti kehadiranmu

Suaramu ingin kudengari 
Sayangku, rela kumenunggu 
Terangi hati yang resah ini 
Tangisan, tidak membawamu 
Kepadaku 
Oh sedarkah 
Luka hati ini 
Hadirlah kembali 
Menerangi , Hidup ini
0

Perpisahan...



Ku mengerti perpisahan ini 
Bukan kerana kau membenci 
Tapi kasih yang pernah ku beri 
Tiada lagi bersama
Sering kala aku terlihatkan mu 
Impian nan indah julang bahagia
Ku harungi hari demi hari 
Bersama wajah tak mungkin akan kembali 
Tapi hati masih tak terima 
Ditinggalkan sengsara
Keraguan ini bukanlah padamu 
Perasaan hati masih rindu 
Kekalutan ini hanyalah untukku 
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan 
Kehilanganmu

0

Terpadam sudah was-was dihati.....GudBye ASB!

Syukur Alhamdulillah mufti selangor dah keluarkan fatwa yang menyatakan bahawa ASB (Amanah Saham Bumiputera) adalah tidak halal. Sejak dapat tahu tentang perdebatan hukum ASB, antara 'harus' atau 'haram', terbit dalam hati was-was. Bila dah ada berita pasti macam ni, pasti lega. Jadi jom korek balik duit dalam ASB dan masuk dalam akaun yang jelas hukum halal haramnya. Lega hati ni, memang ditunggu-tunggu berita tentang ni. Boleh ke langkah selanjutnya dengan yakin. =)

bye2 ASB, and welcome tabung haji kot. Tak buat keputusan bulat lagi, tapi yang pastinya akan siasat dulu sebelum masuk duit ke mana-mana. Tak mau pisang berbuah dua kali.

nak tau lagi lanjut? rajin-rajin la google..kalo tak rajin klik sini.
0

La Tahzan!

Tekanan jiwa melanda lagi. Kebelakangan ini makin kerap. Tiada tempat mengadu. Mata juga seringkali bocor melimpahkan sejuta duka. Kali ini lebih parah. Kedukaan berganda. Kekecewaan disertai dengan layanan buruk. Apa perlu aku  buat untuk melegakan hati ini? Menangis dan terus menangis? Memang menangis takkan dapat menyelesaikan masalah tapi ia akan melegakan hati duka walaupun seketika. Cara lain untuk melegakan hati iaitu meluahkan perasaan kepada seseorang tetapi tidak dapat dilakukan. Luahan hanya pada teddy bear teman tidurku saban malam dan juga dalam blog ini. Hanya itu yang mampu dilakukan.


0

Gerammmm!!

Berita gumbira! Janji yang telah diukir tak lama dulu telah ditepati. Kerja-kerja untuk membaikpulih rupa paras (cat semula) kawasan perumahan Flat Taman Sri Sentosa telah mula dilaksanakan. Proses awal adalah menanggalkan lumut dan kotoran dari dinding flat. Hari ini tiba giliran flat yang aku diami untuk disembur air laju selaju lajunya untuk menanggalkan segala kesan degil. 

Berita buruk!
0

Apakah ini?


Nak tau sangat punca berlaku perkara ni. Benda ni macam real tapi lepas selidik sikit2, jumpa 1 komen dari seorang kata ini teknologi nelayan. Aku pun berfikir.....Mungkin jugak sebab kalau mayat mati lemas, mesti kembung dan mesti kulit dia dah tanggal (rasenye la sebab malas nak rujuk nota balik..lalalala). Tapi kalau mayat tu dah lama dalam air la. Tapi kalau kes baru lemas, masih normal la tapi kenapa boleh ada banyak ikan dalam mayat tu? Ermm...

Argghhhh......NAK TAUUUU.....Malas nak fikir lagiiiiiiiiii..............
0

Maharaja Lawak - Nabil [Minggu 1] www.nazwa69.net


Serius comel masa die rewind!!!


DESIRE is my DESIRE!!

Hatchiummm!!! berhabuk sungguh belog ni...lama tak berusik...

Lamanya tak membebel dalam belog ni. Kebelakangan ni masa amatlah suntuk untuk dilempiaskan kat belog. Masa amat berharga untuk diluangkan kepada kerja-kerja yang lebih berfaedah seperti kerja ($$) dan untuk si dia (faedah ker? hehe).

Impian untuk memiliki HTC desire masih terbengkalai. Dek kerana duit si dia tak cukup lagi. Kami nak beli sama2 (konon2 sweet couple la ni...haha). Tapi tak pe, aku akan cuba sedaya upaya bersabar. Kepada dia, tolonglah cukup duit cepat2. Pleaseeee........

HTC desire, tolong lah turun sikit harga kamu. Kenapa mahal sangat kamu ni..... =P

0

Nazmi - Lupa! Aku Lupa!! @ RAJA LAWAK 5

Serius suka giler dengan Nazmi ni....
Dengar suara dia, cara dia cakap pun dah buat aku gelak....
AKU LUPAAAAAAAAAAAAAA!!



0

kau memang kejam!!!

kau....
sampai ati kau buat aku macam ni....
kenapa kau sanggup buat aku macam ni??
sampai bile kau nak kacau aku??
sampai bile kau nak memburukkan aku yg dah sedia buruk ni??
apa yg perlu aku buat supaya kau pergi dari aku???
apa salah aku kau buat aku macam ni??
berilah aku peluang untuk kecapi hidup yang lebih baik...
tolong lah kasihani daku....

0

Jawab suke2...lalalala....

1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
- makang

2. 2 jam yang lalu?
- baca belog kut~~

3. Minggu lepas?
- duduk rumah sajer + g UKM tulun junior pasai tesis..

Back to Top