0

La Tahzan!

Tekanan jiwa melanda lagi. Kebelakangan ini makin kerap. Tiada tempat mengadu. Mata juga seringkali bocor melimpahkan sejuta duka. Kali ini lebih parah. Kedukaan berganda. Kekecewaan disertai dengan layanan buruk. Apa perlu aku  buat untuk melegakan hati ini? Menangis dan terus menangis? Memang menangis takkan dapat menyelesaikan masalah tapi ia akan melegakan hati duka walaupun seketika. Cara lain untuk melegakan hati iaitu meluahkan perasaan kepada seseorang tetapi tidak dapat dilakukan. Luahan hanya pada teddy bear teman tidurku saban malam dan juga dalam blog ini. Hanya itu yang mampu dilakukan.


Perasaan apabila kata-kata kita tak dapat diterima @ ditolak mentah-mentah memang perit dan pedih. Semua yang aku buat salah. Semua yang telah berlaku diungkit semula. Aku dipersalahkan. Dia sahaja yang betul ke? Aku tahu dia lagi kecewa dengan perkara yang berlaku, tapi kenapa hukum aku? Aku ke penyebab berlaku perkara itu? Apabila ditegur, dia tak nak terima malah tinggi suara. Macamlah aku ni penyebabnya. 

Aku tahu aku juga banyak kekurangan. Tapi aku telah usaha untuk berubah. Harus dia hargai usaha aku. Tapi dia memburukkan lagi keadaan. Aku juga harap dia boleh berubah, tapi aku tak pasti adakah dia telah cuba usaha. 

Ya Allah. Tabahkanlah hati hambaMu ini. Berikanlah kekuatan untuk menempuhi liku-liku hidup ini. Hanya Engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk dikurniakan kepada hambaMu. Dan aku redha dengan segala ketentuanMu. Kau wujudkanlah kembali kebahagiaan dalam kamus hidup kami. Hanya itu yang aku mahukan saat ini dan saat-saat seterusnya yang bakal aku lalui bersamanya. Amin.

yang tidak mahu jauh darimu,
sikin

http://www.emocutez.com

0 pendapat:

Back to Top