Notis 24 jam dan email beliau.

Ok. Notis 24 jam.
Tamatlah sudah perkhidmatan aku di *** dengan rasminya semalam. Tapi tak bagi resign letter lagi...So, kira rasmi ke ek? Kalut giler la last day semalam, baru tau kena hantar resign letter dan kena lengkapkan 'resignation checklist'. Apakah? Yang pasal resign letter tu memang salah aku sebab tak alert pasal tu. Ye la sebelum ni kalau berhenti just cakap mulut je. Tak payah official letter. Tapi pasal resignation checklist tu serius agak tensen sebab bagitau last minit. Tambah lagi dengan mendapat email dari si dia yang tak disangka2 itu. Bertambah tertekan la jawabnya. Elok2 aku nak lengkapkan checklist tu semalam, terus hilang mood dan tak larat nak ke hulu ke hilir. So, terpaksa la settlekan esok je.

Ok. Email beliau.
Pasal email tu, agak sakit jiwa gak la. Kenapa kau perlu bagi harapan lagi ek? Kalau dah tak nak aku, tak perlu la nak muncul lagi dan bagi harapan palsu. Aku tahu kau bahagia hidup tanpa aku. So, just go on with your new life without me. And dont care about me anymore. Tak perlu nak pura2 masih sayangkan aku dan masih nak aku jadi bini kau. Kau kata kau tak nak buat aku sedih, tapi apa yang sedang kau lakukan sekarang lebih menyedihkan berbanding apa yang berlaku dulu. Aku tahu kau tak nak aku kenapa. Kau tak percaya aku boleh berubah kan? Just wait n see. I wish you happy with your new life dengan si dia yang telah kau pilih.

Ok.
Sudah tiba masanya untuk menghadapi kenyataan ye Cik Sikin. Allah tahu apa dan siapa yang terbaik untuk kau. Percaya kepada Allah dan teruskan hidup seperti biasa. Jangan toleh ke belakang lagi, dan tinggalkan kenangan lama yang penuh suka dan duka. Mulakan hidup baru dengan kerja baru dan tunggu jemputan dari si dia yang telah tertulis untuk menjadi teman hidup kau. Siapakah dia? Bilakah dia akan datang? Itu semua hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Ok. Sekian.

p/s: Aku perlu senyum walau hati aku penuh luka. Itu kerana aku tak mahu orang-orang yang aku sayang yang sentiasa di sisi turut berduka atas penderitaan aku.

0

100. Tahun Baru Kehidupan Baru.

Selamat datang 2012.

Tahun baru. Azam baru. Jiwa baru. Kehidupan baru.

Tahniah untuk diri sendiri kerana mampu melawan keinginan diri sendiri yang membuak-buak. Alhamdulillah aku dapat lari dari terus terperangkap dalam kehidupan penuh kesengsaraan. Dari sehari ke sehari aku semakin menerima kenyataan untuk meneruskan kehidupan tanpa ‘cinta’. Cinta ku satu-satunya kini adalah Dia.

Azam tahun ni.

1. MENGEJAR CINTA HAKIKI.
2. Menjadi insan yang lebih matang dan mencuci segala sifat keji dalam diri.
3. Kereta. Yang boleh dinaiki. Bukan kereta mainan.
4. Kerja tetap. Tanpa ni, takde harapan le aku nak tunaikan azam no 3 tu. Sobsob.
5. Kahwin! Lalalala….

0

UNTUK STALKER KU....PEACE NO WAR!





SEBUAH SENYUMAN UNTUK 'STALKER' SAYA. SIAPA MAKAN CILI DIA YANG TERASA PEDASNYA? SAYA TAHU SIAPA ANDA! JANGAN MALU JANGAN SEGAN. SILA TUNJUKKAN DIRI ANDA SEBAGAI TANDA KEBERANIAN DAN SAYA AKAN MENGHARGAINYA. JANGAN RISAU SAYA TAK AKAN MARAH ATAS APA YANG TELAH ANDA LAKUKAN WAKTU DULU. ITU SEMUA KISAH LAMA. TAPI KALAU TAK NAK MUNCULKAN DIRI PUN SAYA TAK KISAH. HAK MASING-MASING KAN? 

OK BYE! DAN SAMBUNG 'STALK' LA PUAS-PUAS WAT MASA NI. KANG KALAU AKU DAH PRIVATE KAN, TAK DAPEK DEN NAK NOLONG EH! HEHE...
0

Mission Impossible almost complete... =)

Misi yang agak mustahil untuk dilakukan sudah dapat aku lakukan dengan begitu lancar sekali. Dengan bantuan henpon yang tiada kredit..hehe. Henpon canggil tapi tak de kredit memang agak menyedihkan. Tapi itu lah cara terbaik untuk aku menjalankan misi ini. Dan jimat duit tak payah topup. Tahniah kepada diri sendiri. =)

Selamat tinggal pujaan(bekas). Aku perlu buat begini sebab aku layak untuk mencari kebahagiaan untuk diri sendiri. Kalau kau rasa kau tak dapat bahagiakan aku, walau hanya sebagai kawan, aku mohon supaya kau beredar dari hidup aku. Memang memutuskan silaturrahim tidak dibolehkan tapi aku yakin ini yang terbaik untuk kebahagiaan bersama.

Kau teruskan la dengan agenda kau, dan aku dengan agenda aku. Kau dah cukup menyeksa jiwa aku selama ini. Cukup lah. Aku tak larat lagi. Kau pun bahagia kan dengan kehidupan kau tanpa aku. Jadi, sekarang jelas ini jalan terbaik untuk kita.

Bye!


0

Ombak rinduku...



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku




0

Istikharah by Mestica




ISTIKHARAH

Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah

Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku

LAGU : RAZIN MESTICA
LIRIK : MASS MOHAMAD

Sos: Mestica's Official Blog


Ya Rahman...Seandainya dia yang terbaik buatku...Kau bukalah ruang hatinya untuk menerimaku...Namun jika dia bukan tercipta untukku...Kau redhakan hatiku untuk menerima takdirMu...Hanya Kau yang tahu siapa yang terbaik buatku...
0

One of the best quote I've ever heard

Lelaki yang benar-benar mencintai kamu wahai wanita, adalah lelaki yang mempunyai niat untuk bernikah dengan kamu dengan SEGERA! Dan akan berusaha sedaya upaya ke arah itu....

Aku bila? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. =)
2

Ujian Kecergasan Penguasa Bomba KB41

Bila : 25 November 2011
Kat mana : Balai Bomba Cyberjaya
Ape motifnya : Pemeriksaan fizikal dan ujian kecergasan (Penguasa Bomba KB41)
Hasil : GAGAL dengan Cemerlang!


# Ukur tinggi, berat & BMI = LULUS! 

# Ujian penglihatan = LULUS! *tanpa pakai kabel yek!

# Pemeriksaan anggota badan = LULUS! *giler segan kena separa bogel..dan diperhati 4 jejaka tampan wanita yang lengkap berpakaian!

# Gaya berkawad = LULUS!

# Angkat berat = LULUS! *Percubaan kali pertama gagal

# Panjat tali = LULUS! GAGAL dengan cemerlang! 
Percubaan pertama - Naik la gak dalam 2m lebih kot kalau campur dengan ketinggian sekali. Bila tangan dah lenguh giler, terpaksa menerjunkan diri .Pastu tak pasal2 kena marah sebab main terjun je. Sakit kot kaki terjun camtu, nasib baik ada tilam. 
Percubaan kedua - Naik la sikit, tapi tak larat sebab tangan dah lenguh gile.
Percubaan ketiga - Tak ternaik langsung, nak lock kaki pun tak larat dah!
*Kagum kat 2 lelaki yang tinggal masa panjat tali. Panjat pakai tangan jer dorang! Terbeliak mata tengok.

# Tegakkan tangga 90 darjah & panjat tangga = LULUS! Kalau dah panjat tali gagal, jangan harap la nak sentuh tangga tu. Sobsob. Serius aku yakin aku boleh tegakkan tangga ngan panjat tangga tu kalau berjaya kat panjat tali.

REDHA……Hanya itu aku mampu lakukan… Tak ada rezeki Belum ada rezeki untuk aku dapat kerja sesuai dengan kelulusan… Usaha pun tak cukup, tahu boleh training pun last minute… Kalau tahun depan ada panggilan lagi, aku akan training awal2… Tapi kena pastikan ada kenderaan sendiri dulu! Dan kena mula fit kan badan dari sekarang…Bukan semata untuk ujian kecergasan tapi juga untuk kesihatan… Seronok bila timbang, tengok berat dah berkurang. =)

p/s: terkilan sebab tak dapat tuntut hadiah =(
0

How to love woman..

0

Kawanku...Tidak perlu menipu untuk menjaga hati saya...

Kawanku...
Pupuklah sifat kejujuran dalam diri mu...
Jika tidak mahu berkata benar...
Jangan berkata dusta...
Jangan sumpah palsu...
Itu hanya menambah dosa mu...

Jangan berkata dusta...
Hanya untuk menjaga hati aku...
Kerana aku sayangkan kamu...
Tidak mahu kamu menanggung dosa...
Atas pendustaan kamu...

Aku bersyukur...
Kerana kebenaran terbuka juga...
Walaupun aku dengar bukan dari mulut mu...
Aku bersyukur juga...
Kerana aku mampu terima dengan redha...
Walaupun saat mendengar kebenaran...
Jantungku bagai berhenti...
Hatiku bagai disiat-siat...
Itu hanya sebahagian sahaja penipuanmu terbongkar...
Terlalu banyak untuk aku imbas kembali...
Segala kata-kata dustamu...

Aku berdoa kamu akan sedar atas perbuatan mu...
Tidak perlu berkata dusta....
Kejujuran itu penting dalam persahabatan...
Walaupun kebenaran itu pahit...
InsyaAllah aku terima dengan hati terbuka...

Tapi kini...
Jangan berkata apa-apa lagi...
Kerana aku tidak mungkin lagi...
Percaya dengan kata-katamu...
Kata sumpah kamu...
Aku akan pandang sepi...
Walaupun perkara itu benar sebenar benarnya...

Tapi usah khuatir....

Aku sudah memaafkan atas segala pendustaan mu...
Hanya perlu mohon keampunan dariNya...

Aku pergi bukan kerana apa pendustaan yang kamu buat...tapi kerana tidak mahu kamu terus membuat pendustaan dan mendapat bala demi menjaga hati aku...
0

Quotes.

Yes. I truly loves you. But .....



=D
0

Quotes for broken heart

Me? Forever alone? =(

Awak tak kesat air mata saya pun bila saya nangis depan awak... =(


Satu hari nanti saya akan buat keputusan ini untuk pentingkan diri sendiri...


Awak jangan menyesal bila dah terlambat....


Saya akan berhenti berharap sesuatu dari awak dan teruskan hidup seperti sebelum awak wujud...

Bila ada yang .......


Bila ada yang sayang, JANGAN LUKAI HATINYA...
Bila ada yang cinta , JANGAN KAMU TITISKAN AIR MATANYA...
Bila ada yang menanti , PASTIKAN KAMU PERGI KEPADANYA..
Bila ada yang setia, LAKUKAN YANG SAMA...
Bila dia pergi, PERGILAH KEJAR DIA SELAGI MERASA DIA BERERTI...
Kerana bila dia tiada di sisi , KAMU AKAN SUNYI DAN SEPI…
0

Kenangan Terindah~

aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku

selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu
darimu
kutemukan hidupku
bagiku
kau lah cinta sejati
yea ohh

bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku

namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah

p/s: kenangan...untuk dikenang...tapi dia pasti sudah lupa...
0

Harapan kian musnah...

Hari berlalu begitu pantas...Tup tup dah bulan Oktober...Bulan kelahiran aku...Ntah beliau ingat ke tidak...=( Dan hari yang pernah dirancang dulu pun semakin hampir...Sangat sedih bila dikenangkan kembali kerana hari itu hampir mustahil untuk berlaku...Kalau hari itu berlaku seperti yang pernah dirancang...Akulah orang paling bersyukur...=) Tapi apa pun...Itu hanya perancangan manusia yang hanya Allah S.W.T yang mampu menukar hari itu menjadi realiti...Aku redha dengan ketentuanMu...Aku insan biasa yang telah membuat kesilapan yang tidak mungkin akan dapat kembalikan apa yang telah berkecai...Aku cuma mampu berharap dari jauh untuk menjadi insan bertuah yang terpilih...Aku sesungguhnya merindui saat dulu yang tidak mungkin akan berulang kembali...Aku telah menghancurkan hatinya yang telah aku curi dulu...Aku cuma mahu diberi peluang untuk mengubati hatinya kembali...Tapi jika kau tidak mampu untuk memberi peluang itu kepadaku...Aku mohon, kau pulangkanlah hatiku yang telah kau curi suatu masa dulu...Agar aku dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan bersemangat...



Hatimu yang aku curi suatu masa dulu telah ku hancurkan...Maafkan aku...

Aku telah buat kesilapan besar, aku tidak sempurna...Tapi aku akan berusaha untuk berubah seperti yang kau impikan...


Jika kau tidak mencintaiku lagi, pulangkan hatiku yang kau curi dulu untuk diberikan kepada mampu mencintaiku....
Back to Top