0

Kawanku...Tidak perlu menipu untuk menjaga hati saya...

Kawanku...
Pupuklah sifat kejujuran dalam diri mu...
Jika tidak mahu berkata benar...
Jangan berkata dusta...
Jangan sumpah palsu...
Itu hanya menambah dosa mu...

Jangan berkata dusta...
Hanya untuk menjaga hati aku...
Kerana aku sayangkan kamu...
Tidak mahu kamu menanggung dosa...
Atas pendustaan kamu...

Aku bersyukur...
Kerana kebenaran terbuka juga...
Walaupun aku dengar bukan dari mulut mu...
Aku bersyukur juga...
Kerana aku mampu terima dengan redha...
Walaupun saat mendengar kebenaran...
Jantungku bagai berhenti...
Hatiku bagai disiat-siat...
Itu hanya sebahagian sahaja penipuanmu terbongkar...
Terlalu banyak untuk aku imbas kembali...
Segala kata-kata dustamu...

Aku berdoa kamu akan sedar atas perbuatan mu...
Tidak perlu berkata dusta....
Kejujuran itu penting dalam persahabatan...
Walaupun kebenaran itu pahit...
InsyaAllah aku terima dengan hati terbuka...

Tapi kini...
Jangan berkata apa-apa lagi...
Kerana aku tidak mungkin lagi...
Percaya dengan kata-katamu...
Kata sumpah kamu...
Aku akan pandang sepi...
Walaupun perkara itu benar sebenar benarnya...

Tapi usah khuatir....

Aku sudah memaafkan atas segala pendustaan mu...
Hanya perlu mohon keampunan dariNya...

Aku pergi bukan kerana apa pendustaan yang kamu buat...tapi kerana tidak mahu kamu terus membuat pendustaan dan mendapat bala demi menjaga hati aku...

0 pendapat:

Back to Top