0

Ku perlu jauh darimu untuk diriNya....


Mulai detik ini…
Ku kan pergi jauh darimu…
Bukan maksud ku berputus asa…
Menunggu kata putus darimu…

Ini adalah kehendak Ilahi…
Pintu hatiku telah terbuka….
Mengubah diri yang kian terpesong…
Agar hidup lebih diredhaiNya…

Ku pergi bukan selamanya…
Ku akan hadir andai diperlukan…
Ku rela menjadi sandaran hati…
Walau hanya teman tika kedukaan…

Andai kita disatukan kembali…
Itu adalah kehendak Ilahi…
Dan itulah detik terbahagia…
Kerana dirimu adalah harapanku…

Andai tiada takdir untuk bersama…
Aku redha dengan ketentuanNya…
Seperit mana akan ku telan…
Kerana aku hanya insan biasa…

0 pendapat:

Back to Top