2

Ujian Kecergasan Penguasa Bomba KB41

Bila : 25 November 2011
Kat mana : Balai Bomba Cyberjaya
Ape motifnya : Pemeriksaan fizikal dan ujian kecergasan (Penguasa Bomba KB41)
Hasil : GAGAL dengan Cemerlang!


# Ukur tinggi, berat & BMI = LULUS! 

# Ujian penglihatan = LULUS! *tanpa pakai kabel yek!

# Pemeriksaan anggota badan = LULUS! *giler segan kena separa bogel..dan diperhati 4 jejaka tampan wanita yang lengkap berpakaian!

# Gaya berkawad = LULUS!

# Angkat berat = LULUS! *Percubaan kali pertama gagal

# Panjat tali = LULUS! GAGAL dengan cemerlang! 
Percubaan pertama - Naik la gak dalam 2m lebih kot kalau campur dengan ketinggian sekali. Bila tangan dah lenguh giler, terpaksa menerjunkan diri .Pastu tak pasal2 kena marah sebab main terjun je. Sakit kot kaki terjun camtu, nasib baik ada tilam. 
Percubaan kedua - Naik la sikit, tapi tak larat sebab tangan dah lenguh gile.
Percubaan ketiga - Tak ternaik langsung, nak lock kaki pun tak larat dah!
*Kagum kat 2 lelaki yang tinggal masa panjat tali. Panjat pakai tangan jer dorang! Terbeliak mata tengok.

# Tegakkan tangga 90 darjah & panjat tangga = LULUS! Kalau dah panjat tali gagal, jangan harap la nak sentuh tangga tu. Sobsob. Serius aku yakin aku boleh tegakkan tangga ngan panjat tangga tu kalau berjaya kat panjat tali.

REDHA……Hanya itu aku mampu lakukan… Tak ada rezeki Belum ada rezeki untuk aku dapat kerja sesuai dengan kelulusan… Usaha pun tak cukup, tahu boleh training pun last minute… Kalau tahun depan ada panggilan lagi, aku akan training awal2… Tapi kena pastikan ada kenderaan sendiri dulu! Dan kena mula fit kan badan dari sekarang…Bukan semata untuk ujian kecergasan tapi juga untuk kesihatan… Seronok bila timbang, tengok berat dah berkurang. =)

p/s: terkilan sebab tak dapat tuntut hadiah =(
0

How to love woman..

0

Kawanku...Tidak perlu menipu untuk menjaga hati saya...

Kawanku...
Pupuklah sifat kejujuran dalam diri mu...
Jika tidak mahu berkata benar...
Jangan berkata dusta...
Jangan sumpah palsu...
Itu hanya menambah dosa mu...

Jangan berkata dusta...
Hanya untuk menjaga hati aku...
Kerana aku sayangkan kamu...
Tidak mahu kamu menanggung dosa...
Atas pendustaan kamu...

Aku bersyukur...
Kerana kebenaran terbuka juga...
Walaupun aku dengar bukan dari mulut mu...
Aku bersyukur juga...
Kerana aku mampu terima dengan redha...
Walaupun saat mendengar kebenaran...
Jantungku bagai berhenti...
Hatiku bagai disiat-siat...
Itu hanya sebahagian sahaja penipuanmu terbongkar...
Terlalu banyak untuk aku imbas kembali...
Segala kata-kata dustamu...

Aku berdoa kamu akan sedar atas perbuatan mu...
Tidak perlu berkata dusta....
Kejujuran itu penting dalam persahabatan...
Walaupun kebenaran itu pahit...
InsyaAllah aku terima dengan hati terbuka...

Tapi kini...
Jangan berkata apa-apa lagi...
Kerana aku tidak mungkin lagi...
Percaya dengan kata-katamu...
Kata sumpah kamu...
Aku akan pandang sepi...
Walaupun perkara itu benar sebenar benarnya...

Tapi usah khuatir....

Aku sudah memaafkan atas segala pendustaan mu...
Hanya perlu mohon keampunan dariNya...

Aku pergi bukan kerana apa pendustaan yang kamu buat...tapi kerana tidak mahu kamu terus membuat pendustaan dan mendapat bala demi menjaga hati aku...
0

Quotes.

Yes. I truly loves you. But .....



=D
Back to Top