5

Kenapa harus jadi begini?

Jawapan untuk soalan kat atas amat mudah dan ringkas.

Takdir yang Maha Esa. Aku redha dalam keperitan.



Tiada siapa tahu takdir yang telah tertulis untuk setiap insan kan?
Aku  berharap takdir adalah tidak seperti yang aku takuti.
Aku pasang setinggi harapan kerna aku yakin takdir aku dengannya.
Tapi, tafsiran aku salah.

Andai takdir dia bukan dengan aku, sesungguhnya hati aku bakal kecewa.
Siapa tidak kecewa setelah impian dibina, musnah sekelip mata.
Dek kerana kesilapan diri sendiri pula.
Dan juga orang ketiga.
Bukan cinta tiga segi.
Tapi orang ketiga yang iri hati.

Apa perasaan bila orang yang kita sayangi telah membenci kita?
Amat sakit! Hancur! Berkecai! Dan sewaktu dengannya.
Yang mampu aku lakukan hanya berdoa kepadaNya.
Hanya kekuasaanNya yang mampu mengubati hatiku.
Dan Kau ubati jua hatinya yang telah aku sakiti.

Dia minta untuk berkawan?
Aku tunaikan.
Tapi selama mana aku mampu?
Aku tidak pasti.

Andai tiba-tiba aku hilang.
Janganlah mencari.
Tika itu aku sudah putus asa.
Dan berhenti berharap.

Bukan mudah untuk memendam perasaan.
Setiap kali terlintas difikiran.
Air mata menghujani pipi.
Jika air mata darah mengambil giliran, adakah dapat mengubah keadaan?

Kenapa kau tidak cuba memahami apa yang aku rasa?

Aku hanya mampu berdoa moga dia bahagia dengan pilihannya.
Back to Top