0

CYANIDE...OH....CYANIDE....

Untuk subjek KES KOMPLEKS KIMIA, aku diberi 'unknown sample' untuk menjalankan analisa komposisi beliau...Mula-mula hidu, ada iras-iras bau teh masam or asam jawa yang telah masam.....kemudian bau-bau, ada iras bau hospital......AKU MEMANG BLUR NAK WAT TEST APE! Tp, dek kerana kebaikan hamba Allah yang handle pasal subjek ni, aku telah peroleh klu-klu yang banyak membantu aku cari idea...Dan klu yang paling akhir aku terima telah membongkar segalanya iaitu 'POISON yang kebiasaannya diguna oleh terrorist' !!  Aku dengan kadar segera terus berkejar ke PC yang aku bawa ke lab dan terus mengGOOGLE klu tersebut....Mula-mula gembira sbb dah dpt jumpa.....Tp bila dah fikir-fikir secara waras....Tidak kusangka 'unknown sample' yang aku dok hidu-hidu, sentuh-sentuh selama ini mengandungi CYANIDE!!! Warghhh.....risau gue bila difikirkan kesan-kesan jangka pendek dan jangka panjang. Tp, syukur Alhamdulillah aku tak de merasa guna lidah. Tak tau nak salahkan siapa. Salahkan pemberi 'unknown sample' tersebut kerana tidak memberi amaran atau salahkan diri sendiri je la yang tidak mengikut disiplin yang sepatutnya sebagai saintis forensik (InsyaAllah bakal jadi...AMIN). Sepatutnya bila dapat 'unknown sample', memang kena amik langkah hati-hati. JANGAN HIDU. JANGAN SENTUH. JANGAN RASA. Memang salah aku pun....huhu....Kesian kawan-kawan dan orang disekeliling aku yang telah ku paksa menghidu 'unknown sample' tersebut. Tapi jangan risau ye kenkawan, dikabarkan bahawa CYANIDE yang terkandung dalam 'unknown sample' aku hanyalah dalam kuantiti yang sedikit.

Back to Top